Sahabat :)

Tuesday, January 31, 2012

Dia Bukan Isteri Gelapku ^_^



Ikhwan memandang wajah nabila penuh kesayuan. Dia tidak tergamak untuk memutuskan hubungannya dengan Nabila tapi dia terpaksa. Nabila hanya membisu seribu kata. Sememangnya nabila seorang perempuan yang polos dan naif. Sesekali dia membetulkan tudungnya yang senget. Dia tidak berani memandang wajah lelaki yang sering dipuja-pujanya.
Nab, kita terpaksa putuskan hubungan kita ini! terasa berat mulut Ikhwan mengatakan sebegitu. Dia tahu hati nabila pasti hancur dengan kata-katanya itu.
Nab, kenapa diam jer? Ini demi kebaikan semua, bersuaralah sayang! sejak mereka bertemu di Restoran Aliff itu tiada sepatah kata pun yang keluar dari bibir mungil Nabila. Sedangkan selama ini bibir itu yang sering berkata-kata tanpa henti hingga membuatkan Ikhwan gembira.
Apa lagi yang perlu dikatakan? Saya dah tiada pilihan lain! Hak untuk bersuara pun sudah mati! kata-kata Nabila itu cukup menusuk hati Ikhwan. Serba salah jadinya lelaki itu. Ikhwan melihat ada mutiara jernih yang keluar dari mata bundar wanita itu. Sesungguhnya dia juga terasa ingin menangis tetapi egonya menghalang. Dia perlu kuat didepan wanita itu.
Abang, buat keputusan ini sebab tak nak melukakan hati Nab dikemudian hari. Nab pun tahu perangai Nisa tu macam mana? Ikhwan cuba memberi penjelasan kepada Nabila. Dia tahu isterinya pasti melakukan sesuatu yang buruk pada Nabila. Tambahan pula, ibunya memang benci terhadap nabila yang dituduh anak luar nikah kerana tinggal dirumah anak yatim sejak kecil lagi.
Saya cukup faham! Memang saya ni cuma tempat persinggahan, ucap Nabila lalu meninggalkan Ikhwan terkontang-kanting di restoran itu. Hati Ikhwan cukup pedih untuk meninggalkan wanita itu. Dia bukan suami yang curang. Dia seorang lelaki yang menurut kata isteri dan ibunya. Namun semuanya punah juga disebabkan ibu dan isterinya. Ikhwan mula teringat permulaan yang berlaku dalam kekucaran yang berlaku dalam hidupnya ini..

Khairunnisa menangis semahu-mahunya. Air matanya hampir kering kerana terlalu banyak menangis. Ikhwan hanya mampu bersimpati dengan nasib isterinya. Semua yang berlaku telah ditakdirkan. Dia redha dengan apa yang berlaku terhadap keluarganya tetapi tidak isterinya. Ibunya pula hanya mampu mengusap belakang isterinya. Sejak tadi ibunya hanya mendiamkan diri. Mungkin turut bersedih diatas perkara yang berlaku terhadap mereka suami isteri.
Nisa, sudahlah! Jangan asyik menangis jer, kita kena terima qada dan qadar! Banyakkan berdoa,Ikhwan cuba menasihati isterinya.

Awak apa tahu? Saya yang menanggungnya! Dekat tiga tahun saya tunggu nak dapatkan anak untuk kita. Tapi semuanya sia-sia! Kita takkan dapat anak lagi! habis saje kata-kata Khairunnisa dia terus meraung seperti orang gila. Dia amat sedih dengan apa yang berlaku terhadapnya. Akibat terjatuh dari tangga, anak yang dikandungnya keguguran. Ditambah lagi dia tidak boleh mengandung lagi kerana rahimnya telah pecah. Kekecewaan dihatinya memang sudah tiada penawar. Tiada lagi Isma Syahir ataupun Syarifah Syahirah. Nama yang ingin digunakan apabila anaknya lahir nanti.

Puan Baizura, ibu kepada Ikhwan keluar dari bilik anaknya untuk memberi ruang kepada mereka berdua. Kehadirannya disitu tidak mampu berbuat apa-apa. Tinggalah Ikhwan dan Khairunnisa berdua. Tiba-tiba Khairunnisa berhenti menangis. Dia memandang wajah suaminya. Ikhwan terkejut dengan tingkah isterinya. Raut wajahnya sukar untuk dibaca.
Abang kena dapatkan anak untuk kita! lancar saja kata-kata yang keluar dari mulut Khairunnisa. Sama ada itu permintaan atau arahan.
Apa maksud Nisa? Kita memang takkan dapat anak lagi! Ikhwan terkejut dengan kata-kata isterinya. Sememangnya dia hairan dengan kata-kata isterinya.
Bukan dengan Nisa tapi dengan perempuan lain!Yakin sekali kata-kata yang dilancarkan kepada suaminya. Dia langsung tidak berasa bersalah.
Apa yang Nisa merepek? Nisa nak abang kahwin lain? Ikhwan bertanya kebingungan. Selama ini Khairunnisa memang tidak ingin hidup bermadu. Dia pernah mengatakan dia rela mati dari hidup bermadu.Yelah abang kena kahwin. Lepas dapat anak abang ceraikan dia, jadi kita tetap dapat anak dari benih abang.selamba saja Khairunnisa meluahkan kata. Kata-katanya seperti orang yang tiada perasaan. Ikhwan serba salah. Dia dapat melihat ada sinar kebahagiaan dalam mata isterinya. Adakah dia harus menolak atau mengikut saja? Dia buntu.
 
Terima saja cadangan isteri kau tu! Ibu rasa ada betulnya, sekurang-kurangnya kau orang dapat anak dari benih kau juga! Puan Baizura menyokong tindakan menantunya. Tidakkah mereka terfikir perasaan perempuan yang bakal dikahwininya?
Tapi ibu. Bukan senang nak cari perempuan yang nak buat macam tu,Ikhwan meluahkan kegusarannya.
Kau bagi dia duit kan senang, kacang jer kalau kamu buat macam tu. Perempuan sekarang ni materialistik! kata-kata ibunya itu menunjukkan bahawa perkara itu mudah sepeti memakan kacang. Sedangkan nak makan kacang pun kena buka kulitnya. Takdelah senang sangat,kata Ikhwan dalam hati.
 

Ikhwan memandu keretanya tanpa arah tuju. Perasaannya berbaur. Sedih, marah, geram dan sakit! Dia memang cintakan Khairunnisa teapi cintanya juga mula berputik untuk nabila. Nabila. Entah bila cintanya mula berputik kepada wanita itu. Mulanya wanita itu hanya setiausahanya. Dia seorang yang rajin dan bijak walaupun dia anak yatim piatu. Dia juga seorang yang cantik walaupun tanpa mengenakan sebarang mekap. Natural beauty.
Ketika itu dia tidak mempunyai calon. Puas dia dan Khairunnisa mencari calon yang mahu dengan kehendak mereka. Entah mengapa, apabila Ikhwan sekadar bergurau untuk menjadikan Nabila sebagai isteri, wanita itu memberi persetujuan. Sememangnya Ikhwan hairan, tetapi dia juga gembira kerana ada perempuan yang sanggup melakukannya.
Awal perkahwinan mereka, khairunnisa dan Puan Baizura boleh menerima kehadiran Nabila. Dia dilayan sebaik mungkin. Layanan Nabila kepadanya sebagai seorang isteri juga sangat menyenangkan hatinya sehinggalah menerbitkan rasa cinta. Kadangkala layanan yang diberikan Nabila lebih dari Khairunnisa. Sehinggalah Nabila melahirkan Adam Daniel. Sikap Khairunnisa dan Puan baizura berubah. Nabila disuruh melakukan segala kerja-kerja rumah. Manakala mereka berdua sibuk bermain dengan Adam. Mereka langsung tidak memberi peluang kepada Nabila melimpahkan kasih sayang kepada anaknya.
Suatu hari, Khairunnisa mula meluahkan apa yang terpendam dihatinya selepas kelahiran Adam. Ikhwan yang asyik menonton perlawanan bola sepak diantara Manchester United dan Chelsea. Sememangnya dia kipas susah mati pasukan MU.
Bila abang nak ceraikan perempuan tu? Tanya Khairunnisa tanpa ada riak bersalah.
Apa ni Nisa? Kenapa abang kena ceraikan Nab?Tanya p;ula Ikhwan kebingungan.
Yelah, kitakan setuju cuma nak anak dia jer lepas tu bagi duit suruh dia pergi. Habis cerita! Menyampah saya tengok muka dia, mudah saja kata-kata yang keluar dari mulut Khairunnisa. Dia sudah dapat apa yang dia nak. Sekarang dia mahu singkirkan wanita itu kerana dia tak mahu adam tahu yang wanita itu ibu kandungnya. Tambahan lagi suaminya seperti sudah jatuh cinta pada wanita itu.

Abang tak sanggup buat macam tu. Kesiankanlah nab tu, apa salahnya dia jadi isteri abang?âluah Ikhwan cuba mendapatkan simpati dari isterinya.
Perempuan tu cuma isteri gelap abang! Lagipun Nisa tak nak hidup bermadu. Apa yang Nisa tahu esok abang ceraikan dia kalau tidak tengoklah apa yang jadi dekat perempuan tu!:lantang suara Khairunnisa seperti mengugut suamin ya.
Nisa nak ugut abang? Jangan berani kau sentuh Nabila!tiba-tiba kemarahan Ikhwan meledak. Dia telah hilang sabar. Khairunnisa sudah berlebihan. Khairunnisa kecut perut apabila melihat kemarahan suaminya. Dia terus berlari kebiliknya.
 

Wan cepat! Bini kau tu nak bunuh diri! jerit puan Baizura pada anaknya sedang membasuh kereta Toyota vios yang baru dibelinya dua hari lepas. Ikhwan terus berlari masuk kerumah mendapatkan isterinya. Dia melihat isterinya sedang memegang sebilah pisau dan ditarakan kearah nadi tangan.
Nisa sabar! Apa yang Nisa buat ni? Nisa dah gila ker? Ikhwan cemas melihat situasi tersebut,. Isterinya telah hilang akal.
Memang Nisa dah gila! Nisa gila sebab abang! Kalau abang tak ceraikan perempuan tu, Nisa akan toreh tangan ni! Khairunnisa mengugut. Ikhwan serba salah. Nabila disebelahnya hanya menunduk. Ada air mata yang mengalir dari matanya. ‘Adakah diriku ini tak layak untuk berada dirumah ini?bisik Nabila didalam hati. Dia tidak mahu keadaan menjadi semakin teruk.
Abang, maafkan Nab. Halalkan makan minum Nab selama Nab berada di rumah ni. Biarlah Nab keluar dari rumah ni jika itu kemahuan Kak Nisa,elesai saja ungkapan nabila dia terus berlari meninggalkan rumah tersebut. Khairunnisa hanya tersenyum sumbing melihat Nabila meninggalkan rumahnya.
Ikhwan memandu menuju kerumahnya. Sememangnya dia memerlukan rehat untuk melupakan segalanya. Sekurang-kurangnya dia berasa tenang buat seketika. Sampai saja diperkarangan rumah, dia melihat Khairunnisa sedang memarahi Nabila. Muka Puan Baizura pula masam mencuka.
Ini anak aku! Kenapa kau nak ambil anak aku? marah Khairunnisa apabila nabila mahu mengambil Adam darinya.
Dia anak saya kak, saya berhak ambil dia. Tak lama lagi abang Ikhwan akan c eraikan saya,lirih saja suara Nabila.
Memang patut kau kena cerai! Asal usul pun tak tahu datang dari mana, entah-entah anak luar nikah! lantang suara Puan Baizura yang menuduh buruk status nabila.
Ibu! Apa ni? Kenapa ibu hina isteri Wan? tiba-tiba Ikhwan terus meluru ke halaman rumah. Sakit hatinya apabila ibunya berkata sedemikian terhadap isterinya.
Memang betul pun. Apa yang awak nak pertahankan? Saya tak izinkan betina ni ambil anak saya! jari Khairunnisa menuding tepat kearah muka nabila.
Saya ada hak pada Adam. Dia anak saya! Dia lahir dari rahim saya! Berilah saya peluang untuk memberi kasih sayang kepadanya selagi ada nyawa dibadan,Nabila cuba mempertahankan haknya. Dia cuma ada Adam kerana tak lama lagi dia akan diceraikan.
Dasar tak kenang budi. Orang dah bagi duit masih tak nak berambus! Khairunnisa menolak tubuh nabila kuat. Dahi nabila terhantuk di pasu bunga. Ada cecair merah yang pekat menghiasi dahi wanita itu. Ikhwan yang melihat kejadian itu terkaku sebentar. Nabila mengaduh kesakitan. Ikhwan geram dengan sikap isterinya. Dia meramas tangan Khairunnisa kuat. Giliran Khairunnisa mengaduh kesakitan.
Kenapa dengan kau hah? Dah gila? Nama saja Khairunnisa, sebaik-baik perempuan tapi perangai macam orang tak siuman. Kau tak layak guna nama tu! meledak kemarahan Ikhwan. Selama ini dia tidak pernah berkasar terhadap isteri-isterinya. Ikhwan melepaskan tangan Khairunnisa. Wanita itu menggosok-gosok tangannya yang kesakitan. Ikhwan ingin mendapatkan nabila tetapi wanita itu telah tiada. Dia berlari-lari mencari wanita itu tetapi gagal. Ikhwan sedih kerana tidak dapat membantu Nabila. Terbit kekesalan dihatinya.
 
6 Bulan kemudian:
Sejak peristiwa itu, nabila tidak pernah ikhwan temui. Dia berasa risau terhadap gadis itu. Enam bulan bukan jangka masa yang pendek. Kegusaran dihati semakin meluap-luap. Ikhwan keluar dari rumahnya dan terus kearah peti surat. Banyak hutang yang perlu diselesaikan, kad kredit, astro dan macam-macam lagi. Sedang asyik melihat surat-surat yang diterima, dia melihat ada sekeping surat yang berwarna biru muda. Ikhwan terus membuka surat tersebut dengan ingin tahu. Dia terus membaca isi perut surat tersebut.
 
Assalamualaikum, abang..
Nab menulis surat ini hanya ingin memohon keampunan kepada abang jika ada kesilapan yang menyakitkan ketika Nab menjadi suri dihati abang. Sememangnya tiada niat dihati untuk menyakiti sesiapa. Nab ikhlas menjadi isteri untuk abang. Bukan duit yang Nab impikan tapi kasih sayang dari orang disayangi. Nab menerima abang kerana memang ada cinta untuk abang dihati ini. Nab memang ingin disayangi tambahan ada Kak khairunnisa dan ibu. Nab selama ini hanya menunpang dirumah anak yatim. Nab ingin sekali rasa disayangi dan menyayangi tapi sememangnya Nab berada ditempat yang salah. Bukan abang tempat nab untuk mendapatkan kasih sayang. Nab hanyalah pemusnah rumah tangga abang. Maafkan nab sekali lagi.
Abang yang kucintai
Memang Nab tahu perjanjian yang dilakukan. Tapi nab ingat itu hanyalah sekadar janji kosong kerana Kak Khairun nisa dan ibu sangat baik dengan Nab. Tapi selepas Nab melahirkan adam, mereka berubah sama sekali. Abang, Nab bukan ingin merampas Adam dari kalian tapi ingin memberi kasih dan sayang untuk anak Nab sendiri kerana selepas itu Nab dah tak mampu. Selepas kelahiran Adam, Nab telah menghidap kanser rahim. Sepatutnya Nab tidak boleh melahirkan adam tapi melihat kenginan abang sekeluarga nab tak sanggup menghampakan harapan itu. Setelah Adam lahir, kanser itu sudah berada ditahap bahaya. Nab ingin mengambil adam hanya untuk seketika bukan untuk selamanya. Sekurang-kurangnya izinkanlah Nab mencurahkan kasih sayang seorang ibu. Tapi Nab tak salah kan sesiapa. Nab faham perasaan Kak Nisa. Bukan mudah seorang isteri memberi suami berkahwin lain. Abang tolong minta Kak Nisa maafkan Nab jika nab melukankannya. Nab sudah menganggap dia sebagai seorang kakak kerana Nab tak pernah ada kakak dan tidak pernah merasa kasih seorang kakak. Tapi kak Nisa telah memberinya kepada Nisa walaupun cuma hanya sementara. Begitu juga pada ibu. Nab dah anggap ibu seperti ibu Nab.
Abang yang sentiasa dihati
Kutahu ku hanya isteri gelapmu tapi aku bahagia dengan kasih yang kau curahkan padaku. Layanan tak pernah kurang padaku. Sememangnya kau suami yang terbaik. Nab harap abang dapat menjaga Adam dengan baik bersama kak Nisa. Tapi jangan luputkan kehadiran Nab dihati Adam. Itu saja pinta Nab.
Selesai saja abang membaca surat ini, nab telah aman di dunia baru. Kemaafan dari abang yang Nab pinta supaya nab tidak digelar isteri derhaka. Nab harap abang doakan kanlah Nab. Selamat tinggal suamiku yang tersayang.. dan juga pada Anakku tercinta Adam Daniel.
Ikhlas dari,
Isteri Gelapmu.
Ikhwan mengalirkan air matanya untuk kali pertama. Sesungguhnya dia suami berdosa yang tidak dapat menjaga hak isterinya. Khairunnisa yang melihat suaminya menangis sendirian mula mendekati. Dia bertanya kepada suaminya. Tetapi lelaki itu hanya menggeleng dan menyerahkan surat tersebut. Khairun nisa membacanya.
Selesai membacanya, Ikhwan bersuara. Nab tak ambil pun duit tu!
Khairunnisa hanya memandang suaminya dengan penuh kekesalan. Air matanya mengalir laju. Sememangnya dia insan yang paling berdosa. Ikhwan memeluk isterinya dan meluahkan segala yang terbuku. Buat kali pertama Khairunnisa melihat suaminya menangis. Dia berasa amat bersalah. Didalam hati dia memohon kemapunan dari Allah kerana bersikap kejam terhadap madunya.
Dia bukan isteri gelapku! lirih suara Ikhwan berkata.
Ya bang, dialah isteri yang paling baik. Sepatutnya dialah Khairunnisa, sebaik-baik perempuan, kata Khairunnisa dengan sendu. Dia terus mendakap suaminya dan menangis. nab maafkan akak, sayang!ucap Khairunnisa dalam hati...

Saturday, January 28, 2012

Ukhuwah Kami Bersama..

Di kipsas merekalah keluarga ana.. mereka ibarat adik beradik ana tempat bersama sama ada dalam suka dan duka.. Bagi ana merekalah sahabat,abg,kakak dan adik.. kebahagiaan terasa apabila bersama dan kerinduan dengan keluarga sedikit terubat. Walaupun ia sebuah persatuan yg kecil di mata kipsas tpi ianya amat bererti bgi ana KERANA MEREKALAH KELUARGA ANA DI BUMI KIPSAS..:)

>Adik-Beradik Bornoe<
Sweet Memory : family Day Borneo


Peace Selepas Kenyang.. :)

pika,Yan.Minah.Aini
min & Pika
Inna,Pika,Marlina
Sahabat Yang Selalu Bersama

Semoga Ukhuwah Kami Berkekalan Hingga Ke Syurga.. Amin Ya Rabb..


Monday, January 23, 2012

Jihad Untuk Mencintai

mujahadah memang susah..tapi setidak2nya mencuba..

Kekadang,
aku mencari dan mencari,
perkataan yang sesuai untuk aku luahkan,
untuk aku bentangkan,
seluasnya pada yang mahu aku jelaskan.

Rasa yang aku rasa,
terkadang membuat aku merasa sesak,
mahu ku buakkan melalui emosi,
tapi tidak berdaya,
mahu ku lontarkan dengan kata-kata,
tapi aku lemah,
mahu ku bentakkan dengan perbuatan,
tapi aku malu.

Lantas,
aku pendam membiar ia berkepul-kepul di sanubariku,
aku telan sepahitnya,
aku kubur sedalamnya,
biar ia kekal di situ,
tidak perlu diluah,
tidak perlu lontarkan,
tidak perlu dibentakkan.

Pada suatu saat,
Allah pasti akan memahamkan,
rasa yang aku rasa.

Aku menanti,
‘bisuku’ itu akan menjelaskan,
‘tindakan senyapku’ itu akan mentafsirkan,
apa yang aku rasa.

Allah.
Hakikatnya,
aku menjauh hati,
padahal aku menanti,
sedang aku juga mengharap gerak usaha itu,
untuk mengikat rasa ini.

Ya. Duhai Tuhan pemberi rasa ini,
aku yakin dan pasti,
akan rasa yang aku rasa ini,
pasti dan pasti,
yang indah pasti sukar!

>>Yang Merasa akan faham. Fahamlah dengan rasa cinta yang menggelegak di jiwa kerana Allah.<<


Wednesday, January 18, 2012

KISAH BINATANG YANG BERNAMA HURAISY ^_^




Dikisahkan dalam sebuah kitab bahawa apabila tiba hari kiamat nanti maka akan keluar seekor binatang dari neraka Jahannam yang digelar Huraisy, yang mana panjangnya ialah jarak antara langit dan bumi dan lebarnya pula dari timur hingga ke barat.

Apabila ia keluar maka malaikat Jibril a.s berkata, "Wahai Huraisy, kamu hendak ke mana dan kamu hendak mencari siapa?"

Lalu berkata Huraisy : "Aku mencari lima jenis orang ."
 1. Orang yang tidak mengerjakan solat.
2. Orang yang tidak mahu mengeluarkan zakat.
3. Orang yang mendurhakai kedua orang tuanya.
4. Orang yang suka minum arak.
5. Orang yang sangat suka bercakap-cakap dalam masjid hal dunia.


sebagai peringatan untuk semua... jgnlah tergolong dalam orang yg di cari2x oleh binatang HURAISY tu... :) Nauzubillahi min Zalik..


Saturday, January 14, 2012

TERTAWA DI DUNIA MENANGIS DI AKHIRAT

Dalam satu hadith, Nabi saw bersabda 'Banyak tertawa dan tergelak-gelak itu mematikan hati'.
Banyak tertawa menjadikan hati semakin malap dan tidak berseri. Lampu hati tidak bersinar dan akhirnya terus tidakmenyala. Hati tidak berfungsi lagi. Nabi Muhammad melarang ummatnya dari gelak-ketawa yang melampaui batas. Menurut hadith, banyak ketawa menghilangkan akal dan ilmu. Barangsiapa ketawa tergelak-gelak, akan hilang satu pintu daripada pintu ilmu.

Kenapa dilarang ketawa berdekah-dekah? Dalam keadaan suka yang keterlaluan, hati kita lalai dan lupa suasana akhirat dan alam barzakh yang bakal kita tempuhi kelak. Sedangkan dahsyatnya alam tersebut tidak dapat dinukilkan dalam sebarang bentuk media. Kita sedang menuju ke satu destinasi yang belum tentu menjanjikan kebahagiaan abadi. Sepatutnya kita berfikir bagaimana kedudukan kita di sana nanti, sama ada berbahagia atau menderita. Berbahagia di dunia bersifat sementara tetapi di akhirat berpanjangan tanpa had. Penderitaan di dunia hanya seketika tetapi di akhirat azab yang berterusan dan berkekalan. Merenung dan memikirkan keadaan ini cukup untuk kita menghisab diri serta menyedarkan diri kita tentang bahaya yang akan ditempuh.



"Tertawa-tawa di masjid menggelapkan suasana kubur". Demikian ditegaskan oleh Nabi saw. Kita sedia maklum, kubur ialah rumah yang bakal kita duduki dalam tempoh yang panjang. Kita keseorangan dan kesunyian tanpa teman dan keluarga. Kubur adalah satu pintu ke syurga atau neraka. Betapa dalam kegelapan di sana, kita digelapkan lagi dengan sikap kita yang suka terbahak-bahak di dunia.
Ketawa yang melampaui batas menjadikan kita kurang berilmu. Apabila kurang ilmu, akal turun menjadi kurang. Kepekaan terhadap akhirat juga menurun. Nabi saw pernah bersabda: "Barangsiapa tertawa-tawa nescaya melaknat akan dia oleh Allah (Al-Jabbar). Mereka yang banyak tertawa di dunia nescaya banyak menangis di akhirat."
Saidina Ali sentiasa mengeluh '....jauhnyaperjalanan ... sedikitnya bekalan ....' Walaupun hebat zuhud dan ibadat beliau, namun merasakan masih kurang lagi amalannya. Betapa kita yang kerdil dan malas beribadat ini sanggup bergembira 24 jam.


Dalam hadith lain, Nabi saw bersabda"Barangsiapa banyak tertawa-tawa, nescaya meringankan oleh api neraka."Maksudnya mudah dimasukkan ke dalam neraka.
Kita tidak pula dilarang menunjukkan perasaan suka terhadap sesuatu. Cuma yang dilarang ialah berterusan gembira dengan ketawa yang berlebihan. Sebaik-baik cara bergembira ialah seperti yang dicontohkan oleh Nabi saw. Baginda tidak terbahak-bahak tetapi hanyatersenyum menampakkan gigi tanpa bersuara kuat. Para sahabat pernah berkata "Ketawa segala nabi ialah tersenyum, tetapi ketawa syaitan itu tergelak-gelak."

ANTARA SABAR DAN MENGELUH



Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya.
"Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu,tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati."
Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, "Apakah katamu hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini."
Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu ?"
Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?"
Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu ?"
Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua."
Lalu Abul Hassan bertanya, "Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?"
Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat membedakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeda. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."

Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi,:
" Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil keksaihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya."


Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama dan hukumnya haram. Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda,:
" Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang." 

Dan sabdanya pula, " Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka."
 (Riwayat oleh Imam Majah)
Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah.

Tuesday, January 10, 2012

Suara Wanita,Nasyid,Dakwah????

Umat Islam terutamanya para muda mudi amat mencintai muzik dan lagu. Para remaja Islam dari kalangan lelaki dan wanita juga tidak terkecuali dari menjadi peminat muzik ini. Walau bagaimanapun, mereka mengalihkan minat itu kepada dendangan lagu-lagu nashid yang liriknya membawa kepada kebaikan dan kesedaran agama.

Tidak dapat dinafikan, banyak juga nasyid-nasyid ini yang dilihat menyimpang dari landasan asal lalu sifat komersialnya melebihi nasihatnya. Liriknya yang asalnya membawa kepada nasihat agama mulai bertukar kepada puja-puji wanita dan kekasih. Bezanya dengan lagu pop rock biasa hanyalah kerana ia diadun sedikit dengan menyebut nama-nama Allah sekali sekala, kalimah Islam atau apa-apa elemen Islam.

Saya akan menulis lanjut tentang hal ini kemudian, InshaAllah. Dalam penulisan ini, saya ingin mengajak pembaca melihat peranan kaum wanita muslimah dalam industri nasheed ini. Adakah ianya halal atau sebaliknya?


Suara Wanita???

Majoriti ulama berfatwa suara wanita bukanlah aurat. Dalilnya mudah iaitu


أنَّ رسول الله ـ صلَّى الله عليه وسلَّم ـ قال: "يا معشر النساء تصدقن وأكثرن الاستغفار؛ فإنِّي رأيتكنَّ أكثر أهل النار، فقالت امرأة جزلة منهنَّ: وما لنا يا رسول الله أكثر أهل النار؟ فقال: تكثرن اللعن، وتكفرن العشير"..


Ertinya : Sesungguhnya Rasulullah SAW berkata : wahai seluruh kaum wanita, bersedeqah dan banyakkan istighfar, sesungguhnya aku melihat wanita adalah majority ahli neraka. Maka berkatalah seorang wanita : Mengapa kami menjadi majority ahli neraka ya Rasulullah? : rasul menjawab : wanita banyak yang melaknati dan mencela orang lain serta mengingkari kebaikan suaminya.." (Riwayat Muslim)


        Saya bukan ingin mengulas isi kandungan hadith itu, tetapi ingin membawakan bukti bahawa suara wanita dalam keadaan biasa bukanlah aurat. Pertanyaan secara langsung wanita itu membuktinya. Selain hadith ini, banyak lagi hadith-hadith lain yang membuktikan suara wanita bukan aurat. Hasilnya, pandangan terkuat dalam mazhab Hanafi, yang muktamad dalam Maliki, Syafie dan Hanbali menganggap suara wanita bukanlah aurat.

Berubah Menjadi Aurat???

Bagaimana hukum jika seorang wanita itu melembut dan memanjakan suara di hadapan lelaki bukan mahram?.


Inilah perbincangan saya.Tidak dapat dinafikan lagi jika demikian keadaannya, sudah tentu ia diharamkan oleh Islam.

"eh ustaz, sedapnya suara wanita tadi ye" kata seorang rakan saya
" yang mana satu ni?" Tanya saya sambil cuba mengingat kembali.
"ala, yang sekali meeting dengan kita tadi le" katanya menjelaskan.



"Sedap macam mana tu" tanya saya menduga
"ish..naik le bulu roma saya dan kalau boleh nak dengar tiap-tiap hari suara dia, astaghfirullah, eh.. dosa ke ustaz, suara bukan aurat kan ?" katanya sambil tersenyum kambing.


Bayangkan bagaimana keterlanjuran kata oleh siswa ini di hadapan saya. Wanita perlu mengetahui betapa lemahnya lelaki di hadapan mereka. Lelaki secara umumnya (kecuali yang punyai keimanan yang hebat) memang mudah tergoda dengan suara merdu wanita walaupun wanita itu tidak langsung berniat untuk menggoda. Maka apatah lagi jika di ketika ia memang berniat untuk menggoda.


        Saya masih ingat satu ketika di satu universiti, satu mesyuarat sedang berjalan. Saya mempengerusikan mesyuarat.Suasana agak biasa, sehinggalah tiba-tiba seorang mahasiswi memberikan pandangannya kepada satu isu yang sedang dibincangkan.Walaupun mahasiswi itu berada di belakang tabir, tetapi oleh kerana suaranya yang lembut dan lemak gemalai secara semulajadi ( bukan sengaja dibuatnya), semua mahasiswa yang tadinya seperti mengantuk menjadi cergas dan terbeliak mata sambil berubah wajah seperti malu-malu serta cukup tekun mendengar setiap butiran ayat yang keluar dari mahasiswi itu.

         Entah apa yang merasuk mereka..Habis meeting, seorang dari mereka menyapa saya lalu berkata :"sapa tadi ye ustaz, siswi tadi tu""siswi mana" tanya saya"ala yang suara merdu tu, apa namanya ye ustaz..ehem ehem, terpikat juga saya dengar suaranya" tegaskan tanpa malu-malu.Cuba lihat apa yang terjadi, hanya dengan suara tanpa melihat rupa pun sudah boleh meruntun hati seseorang siswa yang mengaji agama di universiti, apatah lagi jika siswa yang mengaji rempitan di jalanraya. !


Teringat Di Jordan


              Saya juga teringat satu hari, ketika saya sampai ke satu universiti untuk memberikan ceramah, ketika itu agak kecoh siswa di sana berkenaan satu vcd nashid kumpulan wanita yang baru sampai dari Malaysia. Saya mendengar bahawa terdapat beberapa bakal-bakal ustaz ini yang berebut-rebut untuk melihat dan mendengarnya. Apabila saya bertanya lanjut tentang hal ini kepada seorang pemimpin mahasiswa, rupanya vcd itu begitu popular kerana penashidnya terdiri dari kalangan anak-anak gadis yang 'ada rupa' serta 'solehah'. Hmm solehahkah mereka ...?


Pinjam meminjam pun berlaku dengan hebatnya di kalangan mahasiswa, ada juga yang men 'copy' ke komputer masing-masing. Kemudian timbul aduan dari salah seorang mahasiswa soleh kepada saya bahawa terdapat mahasiswa yang amat asyik dan mengulang-mengulang vcd tersebut.Lihatlah kesannya, adakah ini dakwah ?..baca sampai ke habis, inshaAllah akan mendapat jawapannya.


Amaran Allah


        Allah SWT yang menciptakan manusia sememangnya telah memberi peringatan akan hal ini apabila menyebut :-


فَلاَ تَخْضَعْنَ بِالْقَوْلِ فَيَطْمَعَ الَّذِى فِى قَلْبِهِ مَرَضٌ وَقُلْنَ قَوْلاً مَّعْرُوفاً


Ertinya : Maka janganlah kamu wahai wanita, merendahkan (melembutkan) suaramu maka dibimbangi orang yang berpenyakit di hatinya beringinan jahat kepadamu, maka bercakaplah hanya dengan kata-kata yang baik ( kandungan dan tatacaranya)" (Al-Ahzab : 32)


Para ulama tafsir menyebut, suara wanita yang dilagukan adalah termasuk dari kecantikan-kecantikan (yang tidak harus dipertonton dan diperdengarkan kepada lelaki bukan mahram) tiada khilaf dalam hal ini ( Adwa al-Bayan, 5/10 : At-Tashil Li Ulum At-Tanzil, 3/137 ; )

Imam As-Suddi berkata : larang ini bermaksud larangan kepada kaum wanita menipiskan suaranya (lembut, lunak dan manja) apabila bercakap di hadapan khalayak lelaki. Imam Qurtubi pula mengatakan, kerana suara yang sebegini akan menjadikan orang-orang lelaki munafiq dan ahli maksiat berfikir jahat ( Tafsir Ibn Kathir, 3/483 ; Al-Jami' Li Ahkam Al-Quran, 14/177)


Berdasarkan dalil ayat ini, apa yang boleh saya fahami adalah nasheed wanita juga tergolong dalam bab yang diharamkan oleh Islam apabila ia diperdengarkan kepada lelaki yang bukan mahram. Adapun jika ia dinyanyikan oleh kanak-kanak wanita yang belum baligh atau ia dinyanyikan khas untuk para wanita. Ia adalah harus.


Suara Wanita Ketika Beribadah


Displin Islam dalam hal ini boleh dilihat dari perkara di bawah ini :-


1) Ingin Menegur Imam semasa solat,


Jika kaum wanita ingin menegur imam lelaki yang tersilap bacaan atau terlupa rakaat dan lainnya. Nabi SAW hanya membenar para wanita mengingatkan imam dengan menggunakan tepukan sahaja.

Hadithnya :


فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم ما لي رأيتكم أكثرتم التصفيق من رابه شيء في صلاته فليسبح فإنه إذا سبح التفت إليه وإنما التصفيق للنساء "


Ertinya : Berkata Rasulullah SAW , mengapa aku melihat kamu banyak bertepuk apabila ragu-ragu (waswas) dalam sesuatu perkara semasa solatnya. Hendaklah kamu ( lelaki ) bertasbih dan sesungguhnya tepukan itu hanya untuk wanita" ( Riwayat Al-Bukhari, no 652)

Arahan nabi untuk wanita bertepuk bagi membantu imam itu adalah bagi menjaga suaranya dari memesongkan orang lelaki yang sedang solat (Faidhul qadir, 3/281 ; Al-hawi al-Kabir, 9/17)


2)Wanita dan azan


Imam al-Jassas ketika mentafsirkan ayat dari surah al-ahzab tadi menyebut bahawa ayat ini memberi hukum bahawa wanita dilarang dari melaungkan azan terutamanya jika kemerduan suaranya dijangka mampu mengelodak hati sang lelaki ( Ahkam al-Quran, 5/229 dengan pindaan ringkas)


Demikian juga pandangan mazhab Syafie dan hanbali, dan tidak diketahui ada yang bercanggah pendapat dalam hal ini , kata Imam Ibn Quddamah, ( Al-Mughni, 2/68 )


3) Wanita menjadi imam solat kepada wanita lain atau ketika solat jahar.

Sudah tentu wanita harus untuk menjadi imam kepada wanita lain, tetapi mereka tidak dibenarkan mengeraskan bacaan quran mereka jika di tempat itu terdapatnya para lelaki yang bukan mahramnya. ( Al-Mughni , Ibn Quddamah)


Imam Ibn Hajar berkata : "jika dikatakan bahawa sekiranya wanita menguatkan bacaannya di ketika solat maka solatnya batal, adalah satu pendapat yang ada asasnya" (Fath Al-Bari, 9/509 )

Jelas bahawa suara wanita yang dilagukan atau dalam keadaan biasa apabila melibatkan soal ibadah hukumnya dilihat semakin ketat kerana dibimbangi menggangu ibdaaha wanita itu terbawa kepada kerosakan kaum lelaki yang lemah ini. Kerana itu disebutkan'




فرع : صرّح في النوازل بأنّ نغمة المرأة عورة..ولهذا قال عليه الصلاة والسلام : ( التسبيح للرجال والتصفيق للنساء ، فلا يحسن أن يسمعها الرجل


Ertinya : Ditegaskan bahawa suara wanita yang dilagukan adalah aurat ..kerana itu Nabi SAW bersabda : Sesungguhnya tasbih untuk lelaki , dan tepukan khas untuk wanita, maka tiada harus didengari ‘tasbih' wanita oleh si lelaki" ( Syarh Fath Al-Qadir, 1/206 )


4) Suara wanita dan talbiah Haji

Ijma ulama bahawa wanita tidak mengangkat suaranya kecuali hanya setakat didengari olehnya sahaja, demikian pendapat Ato', Imam Malik, Syafie, Hanafi Awzaie ( AL-Um, 2/156 ; Al-MUghni , Ibn Quddamah, 5/16 )


Kesimpulan


Suara wanita boleh dibahagikan kepada dua jenis :-


1) Suara biasa wanita yang didengari secara jahar kepada lelaki awam ; Ia diperbezakan hukumnya di kalangan ulama. Ada yang mengharamkannya secara total, ada yang mengharuskan secara total. Ada pula yang mengharuskannya apabila dijangka tidak membawa fitnah kepada lelaki (Al-Jami' Li Ahkami Quran, 14/227 ; Ibn Qayyim, al-Hasyiah, 6/156 ; ‘Ianah at-Tolibin, Ad-Dimyati ; 3/260 ; Al-furu', Ibn Al-Mufleh, 1/372 )

2) Yang dilembutkan dengan sengaja, dimanjakan dan dimerdukan. Ianya adalah diharamkan untuk diperdengarkan kepada khalayak lelaki secara Ijma'. ( An-Nihayah, Ibn Athir, 42/2 ; Lisan al-Arab, Ibn Manzur , 73/8 ; Tafsir At-Tabari ; 3/22 ; Hasiyah At-Tohawi ; 1/161)

Maka kumpulan nasyid wanita hari ini termasuk di dalam kumpulan yang kedua tanpa khilaf. Malah bukan sekadar ‘illah suara sahaja yang boleh menjadikan mereka tercebur dalam perkara haram, malah pakaian dan pergerakkan mereka di khalayak awam juga.


Kebiasaannya apabila persembahan di buat, mereka kerap bersolek-solekan dengan pakaian yang canggih manggih. Di samping itu, duduk pula di atas pentas menjadi tontotan lelaki, jika para ulama semasa menghukumkan haramnya bersanding pengantin di atas pentas dalam keadaan senyap tanpa berkata. Apatah lagi kumpulan nashid wanita yang bersolek adakala seperti pengantin ini dan melentuk-lentuk tubuh dan suaranya di hadapan lelaki bukan mahram, sudah tentu haramnya lebih besar.

" tapi ustaz, inikan alternative untuk mereka yang suka tengok penyanyi wanita yang seksi..eloklah mereka tengok kami" mungkin ini sebahagian pertanyaan penyokong kumpulan nasyid wanita.


Jawapnya, benda yang haram tidak boleh dialternatifkan dengan yang haram juga.


Sebagaimana di sebut oleh dalil :-


إِنَّ اللَّهَ عز وجل لاَ يمحوا السيء بالسيء وَلَكِنْ يَمْحُو السيء بِالْحَسَنِ إِنَّ الْخَبِيثَ لاَ يمحوا الْخَبِيثَ


Ertinya : " Sesungguhnya Allah SWT tidak akan memadam yang buruk dengan buruk juga, tetapi yang buruk (haram) dipadamkan dengan yang baik (halal) Sesungguhnya yang kotor itu TIDAK boleh mensucikan yang kotor" ( Riwyaat Ahmad, 1/387 : Perawi Ahmad adalah thiqah kecuali sebahagiannya khilaf ; Majma' Az-Zawaid, 10/228 )


Justeru, tidak boleh menggantikan penyanyi wanita seksi itu dengan penyanyi nasyid wanita. Kerana kedua-duanya haram buat si lelaki bukan mahramnya.


Jangan pula ada yang mendakwa kononnya ia adalah bentuk dakwah, TIDAK, Allah tidak akan menjadikan dakwah berkesan melalui perkara haram. Tiada siapa boleh mengatakan ia sengaja minum arak kerana ingin mendakwah rakanya bahawa arak itu buruk.


Nabi SAW bersabda :


إن الله لم يجعل شفائكم فيما حرم عليكم



Ertinya : "Allah SWT tidak menjadikan penyembuhan kamu melalui perkara yang diharamkanNya" ( Riwayat Al-Bukhari )

Hadith ini menjelaskan tidak boleh mengambil apa jua yang diharamkan oleh Allah SWT untuk dijadikan ubat, kerana Allah tidak akan menjadikan ubat dalam perkara yang diharamkanNya. ( Tuhfatul Ahwazi , 6/168 )


Demikianlah dakwah dan pemulihan akhlak dan jiwa manusia, Allah SWT tidak akan menjadinya perkara yang diharamkanNya (melembutkan suara hadapan bukan mahram) sebagai medium dakwah yang berkesan. Ia tidak lain hanyalah untuk komersial dan mengaut untung sahaja.

Setiap hasil untung dari jualan kaset nasyid wanita dewasa ini juga tidak lain kecuali hasil yang haram menurut sepakat ulama mazhab. Kecuali jika ia khas untuk wanita dan dijual secara tertutup di majlis wanita sahaja. Persembahan juga untuk kaum wanita.


Sedarilah kumpulan nasyid wanita dan penyanyi wanita yang mendakwa dakwah melalui nashid anda..Ia pasti tidak kan berjaya, usaha itu juga pastinya tidak diterima oleh Allah SWT berdasarkan dalil-dalil yang diberi.



BANTAHAN KEPADA ARTIKEL


Apabila tulisan ini mula disebar luaskan, maka terdapat suara-suara penyokong nashid wanita yang cuba mengharuskan tindakan mereka dengan memberikan satu hadith berkenaan dua orang hamab wanita yang mempersembahkan nyanyian kepada Aisyah r.a di rumah Nabi SAW.


Hadith ini adalah seperti berikut :-


عن عَائِشَةَ رضي الله عنها قالت دخل أبو بَكْرٍ وَعِنْدِي جَارِيَتَانِ من جَوَارِي الْأَنْصَارِ تُغَنِّيَانِ بِمَا تَقَاوَلَتْ الْأَنْصَارُ يوم بُعَاثَ قالت وَلَيْسَتَا بِمُغَنِّيَتَيْنِ فقال أبو بَكْرٍ أَمَزَامِيرُ الشَّيْطَانِ في بَيْتِ رسول اللَّهِ وَذَلِكَ في يَوْمِ عِيدٍ فقال رسول اللَّهِ يا أَبَا بَكْرٍ إِنَّ لِكُلِّ قَوْمٍ عِيدًا وَهَذَا عِيدُنَا


Ertinya : Dari ‘Aisyah r.a berkata : Abu Bakar ( bapa Aisyah r.a ) masuk ke rumah dan dibersamaku dua orang jariah (hamba wanita) dari kalangan bangsa Ansar sedang menyanyi dengan kisah-kisah Ansar ketika hari Bu'ath , lalu asiyah berkata : Mereka berdua bukanlah penyanyi, Berkata Abu Bakar r.a : " Adakah seruling Syaitan di rumah Rasulullah SAW? Maka Rasul berkata : WAhai Abu Bakar, ini adalah hari raya, Bukahri , 1/335

Dalam riwayat lain :


عن عَائِشَةَ قالت دخل عَلَيَّ رسول اللَّهِ وَعِنْدِي جَارِيَتَانِ تُغَنِّيَانِ بِغِنَاءِ بُعَاثَ فَاضْطَجَعَ على الْفِرَاشِ وَحَوَّلَ وَجْهَهُ وَدَخَلَ أبو بَكْرٍ فَانْتَهَرَنِي وقال مِزْمَارَةُ الشَّيْطَانِ عِنْدَ النبي فَأَقْبَلَ عليه رسول اللَّهِ عليه السَّلَام فقال دَعْهُمَا


ُErtinya : "dari ‘Aisyah, Rasulullah SAW masuk ke rumah dan dibersamaku dua orang jariah (hamba wanita) dari kalangan bangsa Ansar sedang menyanyi dengan kisah-kisah Ansar ketika hari Bu'ath, maka baginda terus baring dan memalingkan wajanya, maka masuk pula Abu Bakar r.a lalu menegurku sambil berkata, adakah seruling syaitan di sisi nabi SAW, maka nabi terus mendapatkannya lalu berkata : Biarkannya"

Secara ringkas, hujjah untuk mengatakan terdapat percanggahan atau harusnya nashid wanita dengan dalil ini adalah tersasar dari kebenaran kerana :-


1) Ia dipersembahkan oleh hamba wanita. Maka hukum hamba adalah berbeza dengan hukum wanita merdeka dalam banyak hukum fiqh.
2) Dua orang jariah itu digambarkan dalam banayak riwayat lain sebagai bukan penyanyi khas, yang pandai menyanyi dengan teknik menyanyi yang dikenali dengan melembutkan suara, memerdu dan melunakkannya sebagaimana penayanyi profesional. Ini disebutkan melalui nas:


"وليستا بمغنيتين"

Imam An-Nawawi dan Imam Ibn Hajar al-Asqolani mentafsirkannya sebagai :-

معناه ليس الغناء عادة لهما ولا هما معروفتان به


Ertinya : Maknanya, ia bukanlah nyanyian yang biasa digunakan pada masa itu, dan keduanya juga tidak dikenali pandai menyanyi (Nawawi, Syarh muslim, 6/182 : fath Al-Bari, 2/442)


3) Rasulullah juga digambar tidak turut serta menikmatinya tetapi hanya membiarkannya dinikmati oleh ‘Aisyah. Ia juga adalah di dalam rumah Nabi Saw dan bukan di khlayak ramai. Imam An-Nawawi mengulas bahawa Nabi juga disebut berpaling wajah :-


وإنما سكت النبي عنهن لأنه مباح لهن وتسجى بثوبه وحول وجهه اعراضا عن اللهو ولئلا يستحيين فيقطعن ما هو مباح لهن

Ertinya : Nabi senyap dari tindakan itu kerana ia harus BAGI WANITA, dan nabi MENUTUP DENGAN PAKAIANNYA dan berpaling wajah darinya sebagai menajuhi perkara melalaikan" ( Syarah Sohih Muslim, An-Nawawi, 6/183)


4) Takrif ‘Jariah' selain bermaksud hamba, ia juga digunakan untuk kanak-kanak wanita belum baligh. Sebagaimana disebut oleh Imam al-Aini & Imam As-Suyuti :-



قوله جاريتان تثنية جارية والجارية في النساء كالغلام في الرجال ويقال على من دون البلوغ


Ertinya : Dua orang jariah : disebutkan bagi mereka yang dibawah umur baligh ( Umdatul Qari, 6/269)


قوله جاريتان الجارية في النساء كالغلام في الرجال يقعان على من دون البلوغ


Ertinya : Jariah untuk wanita, ghulam panggilan untuk lelaki yang keduanya digunakan untuk mereka yang di bawah umur baligh. (Sindi, 3/194 : Syarhu As-Suyuti li sunan An-Nasaie, 3/197 )


Hal ini juga disebut di dalam Awnul Ma'bud :-


لأنهما جاريتان غير مكلفتين تغنيان بغناء الأعراب


Ertinya : kerana mereka berdua belum mukallaf ( belum baligh) lalu mereka menyanyikan lagu-lagu a'rab ( Awnul Ma'bud, 13/181)


Justeru, apa lagi hujjah yang boleh diguna untuk mengharuskannya?. Dharurat atau maslahat?..lupakan sahaja.

(comment : baru nak jadi pelapis MAWADDAH. tapi fikir balik, banyak lagi medium utk kita sebarkan dakwah kat luar nanti kannn ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...