Sahabat :)

Thursday, July 11, 2013

Rasulullah Tauladan Generasi Ummah Terbilang




"Dan sesungguhnya Kami telah mengutus di kalangan tiap-tiap umat seorang rasul (agar menyeru mereka): Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhi Taghut." (Surah al-Nahl: 36)



Rasulullah SAW adalah manusia pilihan dan yang paling teristimewa. Allah s.w.t memperlengkapkan Baginda dengan budi pekerti mulia. Peribadi baginda benar-benar luhur, manakala jiwa dan hatinya pula suci bersih.   Dengan memiliki keperibadian unggul Baginda berjaya melaksanakan segala tugas dan tanggungjawab diamanahkan Allah kepadanya.


      Keunggulan keperibadian Baginda SAW dijelaskan dalam firman Allah yang bermaksud:

"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah selalu (dalam masa susah dan senang)." (Surah al-Ahzab, ayat 21)


Kehidupan Nabi Muhammad S.A.W mengandungi pengajaran dan contoh teladan yang baik. Jika diikuti, maka kehidupan manusia seluruhnya akan mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat. Banyak contoh serta tauladan yang telah ditunjukkan Rasulullah SAW dalam mentaati dan beriman kepada Allah merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia seperti ibadah, muamalat, politik, hubungan kemasyarakatan dan akhlak. 

    Baginda juga pemimpin agama, negara, suami, bapa, pendidik, pendakwah dan pejuang.Kejayaan Rasulullah SAW yang paling ketara apabila Baginda berjaya mengubah jiwa manusia daripada sifat kebatilan kepada kebenaran; kezaliman kepada keadilan dan kemunduran kepada kemajuan.

 Allah berfirman yang bermaksud:“Dan tiada kami mengutus engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi seluruh alam”(surah Al-Anbiya’ Ayat 107)


    Hasilnya, lahirlah manusia yang bertakwa kepada Allah dan cintakan kebaikan. Contohnya, Saidina Umar al-Khattab yang pada mulanya seorang yang memusuhi Islam menjadi komited dengan ajaran Islam, berperibadi mulia dan dihormati.Begitulah juga Bilal bin Abi Rabah, seorang sahabat yang tabah dan sabar menghadapi penderitaan akibat penyeksaan musuh Islam demi menegakkan agama Islam. 





      oleh itu, Umat Islam diseru supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mengingati sejarah pengorbanan Rasulullah SAW dalam menegakkan agama Islam dengan membanyakkan selawat kepadanya..



Nabi s.a.w telah bersabda:“orang yang lebih berhak mendapat syafaatku pada hari kiamat ialah orang yang lebih banyak selawatnya kepadaku”(ibn Mas’ud r.a)



 


Tuesday, July 9, 2013

Mengapa Bersahur????


 

Keutamaan Bersahur

1. Sahur itu adalah sunnah. Sekalipun ia tidak diwajibkan, namun amat-amat digalakkan. Bahkan ia dijadikan pembeza antara Puasa Muslim dan Puasa Yahudi. Sabda Nabi SAW, 

“Pembeza antara puasa kita dan puasa Ahli Kitab adalah makan sahur." (HR Muslim) 

Maka, kita berpuasa kerana ingin mengabdikan diri kepada Allah dan kita berlumba-lumba melakukan perkara yang disukai Allah pada bulan Ramadhan ini, maka ikutilah sunnah Nabi SAW termasuk dalam bersahur. Besarnya rahmat Allah, sehingga seseorang yang bangun bersahur agar dia bertenaga esok harinya ketika berpuasa, dihitung sebagai ibadah yang diberi ganjaran. 

2. Allah jadikan keberkatan dalam bersahur. Sabda Nabi SAW, 

“Bersahurlah, sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan." (HR Bukhari dan Muslim)

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...