Sahabat :)

Thursday, July 11, 2013

Rasulullah Tauladan Generasi Ummah Terbilang




"Dan sesungguhnya Kami telah mengutus di kalangan tiap-tiap umat seorang rasul (agar menyeru mereka): Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhi Taghut." (Surah al-Nahl: 36)



Rasulullah SAW adalah manusia pilihan dan yang paling teristimewa. Allah s.w.t memperlengkapkan Baginda dengan budi pekerti mulia. Peribadi baginda benar-benar luhur, manakala jiwa dan hatinya pula suci bersih.   Dengan memiliki keperibadian unggul Baginda berjaya melaksanakan segala tugas dan tanggungjawab diamanahkan Allah kepadanya.


      Keunggulan keperibadian Baginda SAW dijelaskan dalam firman Allah yang bermaksud:

"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah selalu (dalam masa susah dan senang)." (Surah al-Ahzab, ayat 21)


Kehidupan Nabi Muhammad S.A.W mengandungi pengajaran dan contoh teladan yang baik. Jika diikuti, maka kehidupan manusia seluruhnya akan mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat. Banyak contoh serta tauladan yang telah ditunjukkan Rasulullah SAW dalam mentaati dan beriman kepada Allah merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia seperti ibadah, muamalat, politik, hubungan kemasyarakatan dan akhlak. 

    Baginda juga pemimpin agama, negara, suami, bapa, pendidik, pendakwah dan pejuang.Kejayaan Rasulullah SAW yang paling ketara apabila Baginda berjaya mengubah jiwa manusia daripada sifat kebatilan kepada kebenaran; kezaliman kepada keadilan dan kemunduran kepada kemajuan.

 Allah berfirman yang bermaksud:“Dan tiada kami mengutus engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi seluruh alam”(surah Al-Anbiya’ Ayat 107)


    Hasilnya, lahirlah manusia yang bertakwa kepada Allah dan cintakan kebaikan. Contohnya, Saidina Umar al-Khattab yang pada mulanya seorang yang memusuhi Islam menjadi komited dengan ajaran Islam, berperibadi mulia dan dihormati.Begitulah juga Bilal bin Abi Rabah, seorang sahabat yang tabah dan sabar menghadapi penderitaan akibat penyeksaan musuh Islam demi menegakkan agama Islam. 





      oleh itu, Umat Islam diseru supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mengingati sejarah pengorbanan Rasulullah SAW dalam menegakkan agama Islam dengan membanyakkan selawat kepadanya..



Nabi s.a.w telah bersabda:“orang yang lebih berhak mendapat syafaatku pada hari kiamat ialah orang yang lebih banyak selawatnya kepadaku”(ibn Mas’ud r.a)



 


Tuesday, July 9, 2013

Mengapa Bersahur????


 

Keutamaan Bersahur

1. Sahur itu adalah sunnah. Sekalipun ia tidak diwajibkan, namun amat-amat digalakkan. Bahkan ia dijadikan pembeza antara Puasa Muslim dan Puasa Yahudi. Sabda Nabi SAW, 

“Pembeza antara puasa kita dan puasa Ahli Kitab adalah makan sahur." (HR Muslim) 

Maka, kita berpuasa kerana ingin mengabdikan diri kepada Allah dan kita berlumba-lumba melakukan perkara yang disukai Allah pada bulan Ramadhan ini, maka ikutilah sunnah Nabi SAW termasuk dalam bersahur. Besarnya rahmat Allah, sehingga seseorang yang bangun bersahur agar dia bertenaga esok harinya ketika berpuasa, dihitung sebagai ibadah yang diberi ganjaran. 

2. Allah jadikan keberkatan dalam bersahur. Sabda Nabi SAW, 

“Bersahurlah, sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan." (HR Bukhari dan Muslim)

 

Wednesday, May 15, 2013

Berpuasa VS Merokok


Puasa cara terbaik berhenti merokok...!!
Salah satu strategi untuk berhenti merokok adalah dengan berpuasa. Ini adalah kerana berpuasa boleh merupakan satu usaha pembentukan siasah diri ke arah yang lebih sempurna. Oleh itu bulan puasa sepatutnya dimanfaatkan untuk tujuan ini dan membuang tabiat yang merugikan itu.

Sebagai suatu bahan psikoaktif, nikotin lebih mudah berkumpul dan bertindak dalam tisu-tisu saraf dan otak berbanding bahagian badan lain. Di smaping itu ia juga tapak-tapak tertentu di badan, khasnya sistem saraf autonomik yang mengawal kadar jantung dan tekanan darah selain otak.

Secara amnya, kesan nikotin menampakkan tanda-tanda seperti rasa khayal serta 'ringan' pada mulanya, akibat rangsangan reseptor di saraf otak. Ini jelas kepada mereka yang berbuka dengan terus merokok.

Sungguhpun begitu setiap orang mungkin mengalami kesan yang agak berlainan kerana cara mereka menghisap rokok berbeza-beza. Walaupun nikotin umumnya tidak menyebabkan kanser, tetapi dalam rokok lebih kurang 4,000 bahan racun lain telah dikenal pasti dan antaranya disahkan boleh menyebabkan kanser.

Yang amat ketara sekali ialah kesan dadah nikotin pada otak. Antara lain ia boleh membuat seseorang itu mengalami tolerans, iaitu penyesuaian badan terhadap kesan-kesan seperti mual, muntah-muntah, atau pening yang dirasakan ketika mula-mula merokok.

Peratusan perokok yang ketagih kepada dadah nikotin boleh dikaitkan dengan bilangan rokok yang dihisap oleh seseorang itu.

Tabiat merokok menghasilkan sekurang-kurangnya dua jenis pergantungan. Pertama pergantungan psikologi atau mental. Ini termasuklah keselesaan bersosial yang sering dijadikan alasan untuk terus merokok. Malah ada perokok yang mendakwa kononnya merokok boleh memberikan ilham atau motivasi untuk mencapai matlamat.

Kedua pergantungan fizikal atau jasmani di mana seseorang itu mengalami ketagihan dan menyebabkan pelbagai kesan jasmani apabila ia berhenti merokok.

Ekoran daripada itu, seperti mana dadah-dadah lain, seseorang yang keputusan bekalan rokoknya akan merasa tidak selesa dan menjadi terdesak untuk menghisap rokok, malah ada yang gian. Rasa gian ini timbul kerana tanpa rokok dadah nikotin yang terserap dalam tubuh khususnya dalam darah (khususnya di otak) menjadi semakin rendah dan akhirnya dapat menjejaskan keselesaan seseorang itu.

Malah perasaan gian jugalah yang sering mendorong seseorang itu kembali merokok semula kerana tidak sanggup dihantui perasaan tidak selesa tadi. Ini termasuk keadaan seperti menggeletar, rasa cemas, hilang tumpuan maupun kerengsaan.

Kadang kala si perokok merasa pening, berpeluh ataupun tidak senang diam selagi 'bekalan' nikotin dalam tubuhnya (terutama otak) tidak dapat ditingkatkan semula.

Dalam masa tujuh saat setelah menghisap rokok, dadah nikotin akan mula masuk ke otak. Bayangkan setiap batang rokok yang dihisap, anggaran 1 miligram(mg) dadah nikotin terserap ke dalam tubuh, termasuk otak, bersama bahan lain.

Menghisap 10 batang rokok akan mengalami kesan tindakan nikotin sepuluh kali ganda dan seterusnya. Lebih banyak rokok dihisap, lebih banyak pula dadah nikotin berkumpul dalam darah tubuh.

Oleh itu, semasa seseorang itu kehabisan rokok, kesannya merosot sehingga begitu ketara sekali. Inilah sebabnya mengapa seseorang itu sanggup berbuat apa saja untuk terus merokok.

Semasa berbuka, rokok akan menjadi pilihan utama. Satu kajian menunjukkan dalam masa seminggu selepas berhenti merokok, tanda-tanda gian, gelisah, tidak cukup tidur, tidak sabar, tidak memberi tumpuan, keresahan, kemaruk tembakau, lapar, masalah usus perut, sakit kepala, pening akan dialami. Kesan-kesan gian seperti ini umumnya akan mengambil masa 2 hingga 4 minggu untuk reda, melainkan rasa kemaruk tembakau (kesan pergantungan mental).

Rasa kemaruk kadang kala berlarutan tetapi ia beransur-ansur lebih mudah ditangani kemudiannya. Selalunya seorang itu akan kembali merokok dalam minggu pertama setelah berhenti merokok.

Tekanan
Untuk mengatasi semua 'tekanan' ini, berpuasa merupakan satu latihan yang amat berfaedah khususnya untuk mengatasi pergantungan akibat merokok. Ini terbukti kerana semasa berpuasa ramai yang dapat menahan diri daripada merokok.

Persoalannya mengapa sebaik saja berbuka puasa ataupun Hari Raya tidak kurang pula yang kembali merokok. Di sini letaknya niat satu proses mental yang boleh mengatasi tabiat merokok.

Berpuasa merupakan satu-satunya cara baik. Di sini letaknya soal azam. apa lagi dengan kesedaran bahawa amalan rokok itu sering berlawanan dengan kehendak agama dari segi pembaziran wang dan usia.

"Hiduplah untuk memberi sebanyak- banyaknya bukan dengan menerima sebanyak- banyaknya."

***Semoga kita diberi kekuatan untuk sama-sama merebut fadhilat di bulan RAMADHAN . insyaAallah...*_*

"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."
Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain.

***Sumber Dari : http://www.prn.usm.my/old_website/mainsite/bulletin/racun/1996/puasa.html

Tuesday, October 30, 2012

Pengakuan Benar Bekas Paderi Kristian.....^_^

KISAH BENAR PENGAKUAN BEKAS PADERI KRISTIAN. TOLONG SEBARKAN JIKA ANDA PRIHATIN PADA AGAMA ISLAM KITA!!!!!


Nama saya Salleh Bin Omar, nama Kristian Joseph.

Saya dilahirkan di Kedah pada 5/5/1940, bapa saya seorang India Muslim dan mak saya orang Banting, Selangor. Bapa saya telah pulang ke India dan emak saya berada di Kedah,Pondok Kg Pisang. Pada 1970 saya telah pergi ke Johor Bahru untuk mencari kerja bersama-sama kawan-kawantetapi gagal. Saya terpaksa tidur di stesen keretapi. Saya telah bertemu dengan seorang paderi bernama Father Chong. Kami diberi layanan istimewa,tempat tinggal, makan dan minum dan tinggal selama 2 tahun. Kami diajar sembahyang dalam bahasa Inggeris. Pada satu hari iaitu dalam tahun 1974, saya telah bertemu dengan seorang paderi besar di Malaysia, dari KualaLumpur bernama Kamaruddin Hj Ahmad. Beliau telah membawa saya tinggal diseksyen 14, Jalan Gasing, Petaling Jaya. Kami belajar selok belok agama Kristian di Gereja Jalan Gasing dan dibina khas! untuk orang Melayu beragama Islam (ada hingga sekarang).Setelah satu tahun saya tinggal disana, saya telah dihantar ke Indonesia selama 6 bulan, belajar cara-cara untuk sembahyang orang mati, talkinkan orang dan macam-macam lagi dalamBahasa Malaysia .


Saya belajar sekali dengan Ibu Tien Suharto yang menjadi pemimpin agong Wanita Kristian seluruh Asia dan Bendahari Agong wanita Kristian seluruh Indonesia . Saya pulang ke Malaysia, kemudian dilantik sebagai pendakwah dari Perlis hingga ke Johor Bahru. Oleh kerana saya aktif di gereja, saya dihantar pula ke Filipina selama 1 bulan, belajar selok belok Kristian dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia kerana terdapat orang Malaysia ,Singapura dan orang Filipina.

Kemudian saya balik ke Malaysia sebagai pendakwah dibayar RM60.00 sehari, kenderaan percuma, seramai 6 orang. Selepas itu dihantar ke Singapura selama 1 bulan di Port Carzy bersama En Aziz orang Telok Intan. Beliau adalah Setiausha Agong Persatuan Melayu Kristian Singapura. Beliau juga adalah bekas Tentera Udara Di Raja dan berhenti memegang jawatan setiausha agong Kristian Singapore . Apabila dilantik ke gereja saya masih lagi ketua dakwah bersama 6 orang kawan.

Saya dihantar ke Baptish Church di Ipoh, dibekalkan duit RM1,400.00, bersama 2 orang kawan dan sebuah kereta untuk mengkristiankan pelajar-pelajar dan pemuda-pemuda Negeri Perak.... Pada bulan Januari saya berasa tak tenteram dan telah bertemu dengan Tuan Ibrahim, Kadi daerah Ipoh dan membawa saya bertemu MuftiNegeri Perak dan En Azlan, Pengarah Jabatan Agama dan saya terus bertaubat.

Jumlah Kristian seramai 3,000 orang telah dikristiankan, terutama penduduk Negeri Perak dan Johor Bahru, Manjoi dan Rapat Setia (Perak). Cara hendak mengenali mereka Lelaki - Berseluar hitam, berbaju putih, bertali leher hitam, bawa beg James Bond (elaun satu hari RM60.00 ). Perempuan - Berbaju putih skirt hitam dan reben hitam. Di Kuala Lumpur - Daya Bumi, Kota Raya dan Sg Wang Plaza.

Cara-cara berdakwah: Mereka akan menemubual, tanya asal terutama pencari kerja. Pendakwah akan belanja makan apa saja, mempelawa tempat tinggal(asrama 120 katil, makan disediakan) didakwah dengan kaset, cara perlahan-lahan diajak sembahyang dengan diberi satu cross selepas dibawa sembahyang akan diberi sejenis air hitam (holy water). Setelah diberi minum 1 minggu lidah menjadi hitam, tidak boleh mengucap dan mendengar azan macam menutup telinga hal dakwah Islam tidak mahu. Air itu khusus untuk orang Islam sahaja. Kewangan gereja RM12.6 juta, sumber dari Sabah, Sarawak ,Filipina dan Singapura.

Motorola adalah penyokong dakwah Kristian ini (terletak di Petaling jaya, Pulau Pinang dan Senawang). Senawang terlibat seramai 200 orang, ketua di Senawang, Haji Hanapi Saat dan Hj Ismail orang Sungai Petani Kedah. Haji Hanapi bekas guru - akibat desakan hidup terpengaruh dengan Kristian. Sekolah yang paling teruk dilanda Kristian ialah Victoria Institution. Pengetuanya En Ismail Rahim. 20 orang telah Kristian-susah untuk diberi nasihat kerana kebanyakannya anak menteri dan datuk-datuk.

Di Ipoh Sekolah Tengku Abd Rahman (STAR)- 2 orang Sekolah teknik seorang pelajar perempuan (bersalib) telah bertaubat, bila saya tanya, katanya untukmain-main saja, akhirnya dia bertaubat. Banting Kamariah bt Sidek - lepasan sekolah ditarik oleh seorang guru Cina (pendakwah Cina dibayar RM165.00 sehari) En Salleh Omar yang menawarkan cek sebanyak RM10 juta kepada Yusof Noor untuk mengadakan persidangan Kristian sedunia (sebagaimana tersebar di akhbar)1982.

Salasiah bt Sidek- Sekolah Tengku Khursiah, Seremban balik ke Nibong Tebal, accident motor, didalam tudungnya ada salib. Punca terjebak dalam Kristian:

1. Desakan hidup 2.. Kurang agama

Beliau telah dapat menarik semula 300-400 orang kepada Kristian.Beliau sekarang bekerja dengan Badan Kebajikan Islam Perak. Beliau mendedahkan juga matlamat 1990 untuk menawan satu Malaysia/Brunei kepada Kristian. Padri Besar di Malaysia ialah Kamaruddin Hj Ahmad. Pairin Ketingan adalah penaungnya dan saya sebagai timbalan padri itu. Beliau telah dihantar ke Melaka (masjid paling banyak). Beliau pergi setiap masjid bertanya imam dan bilal untuk membuat kajian mengapa umat Islam malas ke masjid. Selepas mesyuarat 3 hari saya hantar 6 orang pendakwah, tidak sampai sebulan 400 orang telah masuk Kristian di Melaka.


Target Kristian: Pemuda yang tidak faham agama, ada yang tidak tahu Fatihah dan dengan rock-pameran di kapal-kapal. Cara untuk masuk Kristian, mereka perlu gambar 2 keping dan duit setem $7.00 pergi ke mahkamah di Selangor, Kedah, Kuala Lumpur angkat sumpah. Nama dalam kad pengenalan tidak ditukar (sukar nak dikesan)

Beliau beri penerangan kepada 1. Polis Bukit Aman, 2. Pusat Islam (untukmenyedarkan umat Islam)

Bila dibaca kitab tidak akan terpengaruh dengan Kristian ini. Seorang bekas padri Abd Rahman Yaakob (Pengarah Anti Dadah,Batu Gajah) pernah menjadi padri selama 23 tahun. En Abd Rahman adalah berdakwah didalam bahasa Inggeris. Beliau sebagai padri dikenakan 4 syarat

1. Tidak boleh hisap rokok 2. Tidak boleh minum arak 3. Tidak boleh makan benda-benda berdarah 4. Tidak boleh kahwin.

Holy water dibawa dari Indonesia (Ketua padriIndonesia) bapak Bruto yang menyediakan air ini.. Percetakan buku-buku Kristian di Cheras telah disiasat dan mereka ada lesen. Ketua padri Kamaruddin Hj Ahmad. Dalam pada berdakwah Kristian sebanyak 3 negeri tak boleh dimasuk Kristian iaitu,Kelantan, Kedah dan Terengganu, mereka pernah dipukul hingga patah tangan.

*PENGUMUMAN - HARAP DISAMPAIKAN! KPD ORANG ISLAM KITA 'Sebarkanlah walausatu ayat pun'

(Sabda Rasulullah SAW) 'Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu** dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telahmendapat kemenangan yang besar.'


(Surah Al-Ahzab:71) demi kebaikan kita bersama untuksuami,isteri,anak-anak,kaum keluarga,saudara- mara, sahabat-handai dan generasi akan datang yang kita sayangi. 'Agungkanlah dan laungkanlah 'Allah hu Akbar'......maha suci Allah.

La Tansa ZikirRullah :)

~♥~Dengan zikrullah hati kita akan lapang sekalipun duduk di dalam pondok yang sempit apatah lagi kalau tinggal di istana yang luas. Inilah bukti keadilan Allah kerana meletakkan kebahagiaan pada zikrullah sesuatu yang dapat dicapai oleh semua manusia tidak kira miskin atau kaya, berkuasa atau rakyat jelata, hodoh atau jelita.Dengan itu semua orang layak untuk bahagia asalkan tahu erti dan melalui jalan yang sebenar dalam mencarinya.~♥~

Rupa-rupanya yang di cari terlalu dekat... hanya berada di dalam hati sendiri!
 
..subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..
Saidina Ali ra telah bertanyakan Rasulullah – apakah cara paling mulia, mudah dan cepat dalam mendekatkan diri kepada Allah swt. Nabi saw menyebut kalimat ‘La Ilaha Illallah’ kerana tiang arasy dan segala ciptaan Alllah terdiri atas kalimah ini.

Para ahli hadis/sufi menyatakan apabila kalimah ini tidak disebutkan lagi oleh orang Islam, maka bermulalah kiamat. Daripada Saidina Ali, maka bermulalah segala amalan sufi. Ini memandangkan kedudukan Ali ra sebagai ‘pintu’ kepada ilmu kerohanian Nabi Muhammad saw.

Kalimah ‘La Ilaha Illallah’ mengandungi seluruh tasbih, tahmid dan takbir atau segala pujian kepada Allah SWT.
Berzikir akan mendorong tubuh bergerak atau harakah secara semulajadi. 

Hal ini sukar dijelaskan. Dalam tasawuf, harakah ini disusun begitu rupa sehingga menimbulkan rentak berbaris demi proses taqarrub. Wallahualam.. :)



 

Penyucian Jiwa (TAZKIYATUN NAFS) ~SAID HAWWA

Tazkiyatun Nafs / Pembersihan jiwa - mujahadah berserta amalan2 kita yang ada roh Tazkiyatun Nafs - ialah pembersihan jiwa melalui amalan2 kita yang ada roh.

Amalan2 yang tiada roh, tidak ada pembersihan jiwa. 

Ada orang lain bercakap ttg Tazkiyatun Nafs ialah perbanyakkan amalan, yang mana amalan2 itu yang akan membersihkan jiwa seperti zikir, wirid, sembahyang malam, taubat. TETAPI tidak disebut pembersihan jiwa hanya akan berlaku apabila amalan2 tadi disertakan dengan roh amalan tadi.  Jadi walaupun banyak mana skalipun amalan, tapi tidak ada roh amalan, maka tidak akan berlakulah pembersihan jiwa. Dan kebanyakan amalan tiada roh ini ia berkait dengan amalan yang dibuat kerna menagih fadhilat. 

Kuliah dulu; 
1- Orang yg bergantung kepada amal ibadah, ibadahnya menghijabkan dia dengan Allah.
2- Apabila kita beribadah demi untuk mengejar fadhilat akan menjadikan kita lupa pada dosa2 kita, hilang rasa berdosa.

Jadi apabila berlaku hijab kita dengan Allah, dan apabila hilang rasa berdosa, maka bukan saja tazkiyatun Nafs tidak berlaku, malah hati menjadi semakin berzulmat. Itu adalah hasil daripada amalan yang tidak ada roh.  Malah ia menjadikan kita bertambah subur mazmumah dalam hati. Jadi antara contoh bertambah subur mazmumah, kita rasa kita makin warak, makin tinggi darjat di sisi Tuhan, makin merasakan kita lebih baik dari orang lain, rasa lebih mulia dari orang lain, dan lebih nampak kesalahan orang lain daripada kesalahan sendiri.  


Itu antara akibat2 amalan tanpa roh.  Jadi kalaulah amalan kita tu berserta dengan tagihan fadhilat maka berhati-hatilah maka pasti tiada roh pada amalannya. Maka tidak berlakulah Tazkiyatun Nafs. 


Walaupun hanya mampu menelaah sedikit coretan dari laman-laman buku google
insyaAllah suatu hari nanti Dia panti akan ku MIliki :)







Sunday, April 8, 2012

~~ Berkahwin Untuk Menyempurnakan Agama ku ~~


Berkahwin bukan semata-mata kerana cinta tetapi untuk menyempurnakan agama.
Rasulullah SAW bersabda, “Jika seorang hamba menikah, maka telah sempurnalah setengah agamanya. Maka hendaklah dia bertakwa kepada Allah pada setengah yang lain.”
Perkahwinan sebenarnya sangat suci dan merupakan ikatan antara dua hati. Disitu kan teruji sebuah kesabaran, kesetiaan, ketaatan dan keyakinan. Berkahwinlah dengan niat untuk menyempurnakan agama. Makanya, pasangan yang dipilih jangan kerana nilai material yang ada padanya. Jika berkahwin semata-mata hanya kerana cinta, suatu masa nanti cinta akan pudar jika tidak di baja atau pun tatkala hati bertemu dengan insan yang lebih sempurna...


Tetapi jika kita tidak bentuk diri menjadi insan yang bertaqwa, bagaimana kita akan menemukan insan yang bertaqwa dan bagaimana nanti kita akan memimpin pasangan kita untuk bersama-sama dunia akhirat?
Allah S.W.T berfirman, 
“Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26)
Bentuklah keluarga menjadi keluarga yang bahagia. Bahagia bukan hanya mendamba meterialistik semata-mata. Tetapi bahagia akan hadir dalam reda Dia. Kukuhkan iman dalam ketaqwaan, biar derita menjadi ujian, asal penghujungnya sebuah keindahan yang berkekalan.

kredit: http://akuislam.com/blog/renungan/perkahwinan-yang-ku-damba-menyempurnakan-agamaku




Thursday, March 22, 2012

Don't Be Sad ^~^


  • ~Jangan sedih bila orang lain tidak memahami anda..Tapi sedihlah karena anda tidak mau memahami orang lain..
  • ~Jangan sedih bila orang lain tidak mempercayai anda..Tapi sedihlah karena anda tidak percaya diri sendiri..
  • ~Jangan sedih bila orang lain tidak memberi kesempatan kepada anda..Tapi sedihlah karena anda belum buat persiapan...
  • ~Jangan sedih bila orang lain tidak menghargai anda..Tapi sedihlah karena anda tidak bisa menghargai orang     lain..
  • ~Jangan sedih bila orang lain menghina anda..Tapi sedihlah karena anda membuat hina diri sendiri..
  • ~Jangan sedih bila orang lain memaki anda..Tapi sedihlah karena anda bermulut jahat pada orang lain..
  • ~Jangan sedih orang selalu mengritik kita..Tapi sedihlah karena anda tak pernah mau perbaiki diri...
  • ~Jangan sedih karena anda selalu jatuh..Tapi sedihlah karena anda tak mau bangkit kembali...
  • ~Jangan sedih karena perjalanan hidup anda pahit getir..Tapi sedihlah karena anda tak pernah belajar dari pengalaman.



p/s: Abu Said dan Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahwa Nabi Muhammad Rasulullah Shallahu 'alaihi wassalam bersabda:..“Seorang muslim yang ditimpa penderitaan,kegundahan,kesedihan,kesakitan,gangguan,dan kerisauan,bahkan hanya terkena duri sekalipun,semuanya itu merupakan kafarat (penebus) dari dosa-dosanya.”(H.R. Bukhari dan Muslim)

Allah Sentiasa Bersama ^_^

Wednesday, February 15, 2012

Nikmat Subuh ^^.

 Assalamualaikum semua. Moga sihat ceria sentiasa.
Kecergasan fizikal memang penting untuk membolehkan kita  menjalankan tugas seharian dengan berkesan. Namun, sebagai orang Islam, Cikgu yakin, di samping kualiti ini, kita juga memerlukan satu lagi  kualiti penting, iaitu kecergasan spiritual atau kerohanian. Kita perlukan cahaya hati yang akan terpancar ke akal  untuk meningkatkan kualiti tindak laku/kerja kita.  Ada kalanya, cikgu melihat wajah-wajah tidak ceria para pelajar pada awal pagi. Suram, muram ,semua dibuat serba tak kena.  Kurang terurus, seolah-olah  kehilangan sesuatu. Ada yang kurang bermaya. Lewat ke sekolah ,kerja tak siap. Teruk lagi, menguap-nguap dan pandangan mata ditutup tirai ngantuk secara berselang-seli. Nada tinggi suara guru seolah-olah menjadi deringan jam loceng yang membangunkan diri.  Kenapa Ya? Apa yang hilang atau dihilangkan.  Apabila difikirkan, apabila diselidik, ada yang jujur membuat pengakuan. Rupanya Solat Subuh yang dihilangkan daripada catatan atur cara harian.  Rugi! Rugi! memang rugi! Memang anak-anak cikgu rugi. Sesiapa sahaja akan rugi termasuk diri sendiri.

                Sesungguhnya , Allah Subhanahuwataala maha pemurah dengan  anugerah-Nya yang tak terkata. Maka , janganlah lalai mengejar anugerah-Nya pada awal pagi sebelum fajar menyingsing menerangi bumi. Kedudukan Solat Subuh amat tinggi nilainya. Lantas ia mempunyai banyak daya tarikan untuk kita mengerjakannya berdasarkan hadis Rasulallah S.AW. Baginda sedar, waktu subuh ialah yang paling sulit dan sukar untuk umatnya bangun pada awal pagi. Pujukan syaitan dan keenakan nikmat tidur seing mencengkam sehingga lena dipanjangkan sampai matahari mencucuk mati. Terlepaslah kita. Subuh dah balik jauh meninggalkan kita.
                Kasih sayang baginda pada umatnya terserlah  menerusi doa baginda,
 “Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya).”
(Hadis riwayat Termizi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)
   Manakala Hadis riwayat Imam at-Termizi: “Dari Aisyah telah bersabda Rasulullah SAW, dua rakaat solat Fajar pahalanya lebih indah daripada dunia dan seisinya.”  membuktikan betapa besarnya ganjaran Solat Subuh .
                Waktu Subuh ialah waktu yang paling baik untuk mendapatkan rahmat dan keredaan Allah SWT. Kerana Allah SWT berfirman,  maksudnya:

                 “Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keredaan-Nya, dan janganlah kedua matamu berpaling daripada mereka kerana mengharapkan perhiasan duniawi, dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya sudah Kami lalaikan daripada mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui batas.” (Surah al-Kahfi, ayat 28)
                Solat Subuh  ialah sumber daripada segala cahaya  di hari kiamat apabila  semua sumber cahaya di dunia akan padam. Matahari akan digulung, ibadat yang akan menerangi pelakunya .Mereka yang menjaga solat Subuh dan Asar dijanjikan akan melihat Allah SWT  di syurga.
                Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW, ketika melihat bulan purnama. Baginda berkata, “Sungguh kamu akan melihat Rabb (Allah), sebagaimana kamu melihat bulan yang tidak terhalang dalam memandangnya. Apabila kamu mampu, janganlah kamu menyerah dalam melakukan solat sebelum terbit matahari dan solat sebelum terbenam matahari. Maka lakukanlah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
                Malah, Rasulullah SAW  berjanji bahawa apabila solat Subuh dikerjakan, maka Allah akan melindungi siapa saja yang mengerjakannya seharian penuh.
                 Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Barang siapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah. Maka janganlah cuba-cuba membuat Allah membuktikan janji-Nya. Barang siapa yang membunuh orang yang menunaikan solat Subuh, Allah SWT akan menuntutnya, sehingga Allah SWT akan membenamkan mukanya ke dalam neraka.”
(Hadis riwayat Muslim, at-Termizi dan Ibn Majah).
     marilah kita mulakan hari kita dengan mendirikan Solat Subuh. Moga cahaya keberkatan menerangi kita sepanjang hari, moga segala pekerjaan membuahkan hasil yang disasarkan, membawa kebaikan kepada diri sendiri dan orang lain.   Moga kita menjadi penerima janji Rasulullah dan pemenang anugerah Allah SWT. Amin.  

















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget