Sahabat :)

Tuesday, February 15, 2011

Duhai Hamba Allah YG bernama Wanita...

  1. Jika ku katakan suatu kebenaran,adakah kau kan marah?
  2. Aku ingin menasihatimu...
  3. Sahut soalanku ... Kenapa kau tanggalkan hijab?
  4. Kau dedahkan tubuhmu?
  5. Ada yang memandangnya bagaikan sebuah boneka,
  6. Ada yang radang melihatnya,
  7. Sedangkan engkaulah tonggak kewujudan ini,
  8. Engkaulah kebanggaan,apakah engkau tidak sedar?
  9. Bersama-samamu kebahagiaan.
  10. Padankanlah kebaikan di bayi yang kamu lahirkan.
  11. Sesungguhnya engkaulah ibu kepada manusia yang berakal...
  12. Kakak kepada warisan pemuda,singa yang berada di dalam jerumun,
  13. Engkau dijadikan untuk bertakhta di tempat yang paling tinggi,
  14. Mengapa engkau turun merendahkan dirimu?
  15. Engkau melakukan perbuatan larangan,
  16. Engkau biarkan dirimu dipergunakan...
  17. Oleh setiap yang tercela,dungu dan terhina.
  18. Engkau seolah-olah telah menjadi wanita barat.
  19. Bagaimanakah ia? ... Sedarlah wahai wanita Islam!!
  20. Kembalilah kepada agama agar engkau bahagia.
  21. Biarkan tabarruj untuk para pembidaah.
  22. Jika dikatakan " Kamu mundur",
  23. Itulah kata-kata musuh yang nyata.
  24. Sesungguhnya kemajuan di dalam agama kita...
  25. Kata-kata nabi yang amin ...
  26. Menyuruh kita supaya mengajar anak-anak,
  27. Anak-anak perempuan di sebalik tirai dan juga lelaki,
  28. Alangkah indahnya prawati yang berilmu,
  29. Ditambah pula berhijab dan beragama,
  30. Sesungguhnya kemajuan ialah pencapaian ilmu,
  31. Dan engkau di nilai mengikut kadar ilmu mu,
  32. Sesungguhnya kemajuan ialah pengekangan hawa nafsu,
  33. Percayalah,kamu meninggi mencapai kesempurnaan,
  34. Kemajuan bukanlah gincu bibir,
  35. Mempamerkan dada dan harta,
  36. Kemajuan bukannya skirt pendek,
  37. Kuku panjang yang disimpan,
  38. Apa salahnya,jika kamu memakai
  39. Pakaian labuh yang penuh bergaya,
  40. Dengan begitu kamu akan menjadi misali,
  41. Sejarah kecemerlangan akan kau kecap kembali.

Saturday, February 5, 2011

Hosni Mubarak: Firaun Mesir Moden

“Undur Hosni Mubarak, Undur Hosni Mubarak” itulah yang menjadi slogan kepada penunjuk perasaan di yang berlansung di Mesir bagi mendesak Presiden Hosni Mubarak bagi meletak jawatan setelah memengang tampuk pemerintahan Mesir selama 30 Tahun. Hosni Mubarak menjadi Presiden Mesir pada tahun 1981 selepas Anwar el-Sadat dibunuh semasa Mubarak menjadi Timbalan Presiden Mesir pada ketika itu.

Pada 1 Februari 2011, selepas seminggu protes besar-besaran yang dianjurkan, Mubarak mengumumkan bahawa pemerintahannya yang panjang dan peraturan yang berat sudahpun sampai di penghujungnya. Beliau mengata bahawa beliau tidak akan menyertai pilihanraya selepas musim luruh tetapi akan menjadi pemerhati kepada pertukaran kuasa yang akan dilakukan kelak.

Tetapi penyataan Mubarak itu ditolak oleh penunjuk perasaan kerana dianggap tidak cukup dan mereka terus untuk melakukan demonstrasi bagi menggulingkan Mubarak sejak demonstrasi diadakan pada 25 Januari lalu. Demonstrasi yang telah dimangkinkan oleh revolusi penggulingan pemerintahan jangka panjang Presiden Zine El-Abidine Ben Ali di Tunisia. Presiden Amerika, Barrack Obama juga menyatakan bahawa itu juga tidak cukup dan mengatakan bahawa peralihan teratur seharusnya memberikan makna, ianya mesti diadakan dengan aman dan haruslah bermula dari sekarang.

Hosni Mubarak yang telah lama disinonimkan sebagai Firaun Moden Mesir pernah suatu ketika dahulu pernah terselamat daripada enam siri cubaan membunuh presiden akibat daripada kemarahan awam. Pada 31 Januari yang lalu, pihak tentera telah membuat pengumuman bahawa mereka tidak akan menembak orang yang berada di demonstrasi aman dan pada 1 Februari pula, Barrack Obama menghantar mesej kepada Mubarak agar tidak terlibat dalam pilihanraya semula.

Pemerintahan Presiden Mubarak merupakan pemerintahan yang terpanjang daripada semua presiden Mesir sejak penyingkiran raja Mesir pada tahun 1950-an. Malah ianya lebih lama daripada pemerintahan Gamal Abdel Nasser, seorang pelopor nasiolisme Arab dan lebih lama daripada pemerintahan Presiden Anwar el-Sadat, yang telah disembelih selepas membuat perdamaian dengan Israel.

Kemarahan rakyat akibat daripada tindakan Presiden Mubarak yang mempertahankan perdamaian bersama Israel dengan menutup pintu sempadan ke Gaza dan hubungan rapat dengan Amerika. Beliau juga bertindak zalim dengan memenjarakan pengkritik, mengharamkan parti pembangkang seperti Ikhwanul Muslimin dan mengadakan pilihanraya palsu bagi mengekalkan kuasanya. Kemarahan rakyat juga tercetus akibat dariapda kehancuran ekonomi Negara yang parah.

Para penunjuk perasaan sebahagian besarnya dimobilisasikan melalui internet dan diberi suntikan semangat melalui peristiwa pengulingan kerajaan di Tunisia, di mana pemberontakan rakyat akibat kesengsaraan pemerintahan Zine El-Abidine Ben Ali selama 23 tahun. Para penunjuk perasaan di mesir menyuarakan kekecewaan mereka yang mendalam terhadap kerajaan dan peristiwa di Tunisia telahpun mendorong mereka untuk memberontak akibat daripada pemerintahan yang korupsi, ketidakadilan sosial dan pengangguran yang tinggi.

Dalam bangun dari kematian Anwar el-Sadat, Mubarak meneruskan dasar hubungan dengan Israel dan menumpaskan militant Islam. Sokongan beliau terhadap Israel menyebabkan beliau mendapat sokongan daripada barat dan diberi lanjutan bantuan kewangan oleh Amerika Syarikat. Penindasan kepada pertubuhan Ikhwanul Muslimin menyebabkan pertubuhan tersebut terpaksa bergerak secara ‘underground’.

Kezaliman pemerintahan ala diktaktor yang diamalkan oleh Hosni Mubarak ini tidak ubah seperti pemerintahan Firaun suatu ketika dahulu. Pemerintahan beliau bukan sahaja kejam terhadap rakyat Negara itu yang mahukan kebebasan berusara dan keadilan sosial bahkan kekejaman Mubarak terhadap dunia Islam yang menutup sempadan Mesir-Gaza juga mendapat kritikan seluruh dunia.

Persoalan yang tidak terjawab ialah, siapakah pengikut Hosni Mubarak dan siapakah yang akan menggantikan Hosni Mubarak selepas pemecatan Kabinet beliau? Soalan itu menjadi tanda tanya kepada orang yang mengadakan perhimpunan tunjuk perasaan yang berlansung, “You will never get the answer you want.”

Adakah siri revolusi yang sedang berlansung di timur tengah menjadi tanda kebangkitan kepada Islam di Timur tengah dan Islam seluruh dunia seperti mana Zaman Renaissance yang berlaku di Eropah sekitar kurun ke-14 hingga kurun ke-17 selepas kejatuhan Islam semasa jatuhnya Kerajaan Khalifah Islam di muka bumi suatu ketika dahulu? Sama-samalah kita menghadapi zaman pencerahan Islam yang sedang berlaku dan bersedialah menghadapi segala kemungkinan yang ada.



Masalah pembuangan bayi kini semakin menjadi-jadi. kenapa dan bagaimana fenomena ini berlaku?Manusia alaf moden ini nampaknya semakin luntur nilai perikemanusiaannya. Isu ini telah lama diketengahkan oleh banyak pihak. Ada yang menangis mengenangkan nasib ciptaan Allah ini yang tidak dipandang dan dicampak merata-rata seolah-olah ianya sesuatu yang Allah ciptakan tanpa nyawa. Padahal ia merupakan ciptaan Allah yang suci tetapi dilahirkan daripada dosa insan yang bernafsukan syaitan.

Inilah realiti yang telah berlaku dalam masyarakat kita pada masa ini. Maksiat dan aktiviti seksual bebas berlaku di mana-mana sahaja. Anak-anak remaja kini tidak lagi mengenal dosa atau pahala, meskipun ada dalam kalangan mereka yang mempunyai pendidikan yang tinggi dan belajar di IPT-IPT yang terkemuka. Semua yang dilakukan hanya untuk memuaskan diri sendiri tetapi tidak memikirkan bahawa apa yang dilakukan hanya perbuatan keji yang merosakkkan masa depan mereka sahaja.. Hasil dari perbuatan dosa inilah yang melahirkan satu janin yang kelahirannya bukan daripada kehendak mereka tetapi dari nafsu serakah yang mementingkan peribadi dan yang didalangi oleh syaitan terkutuk.

Hampir setiap minggu kita mendengar berita dari televisyen, akhbar dan majalah tentang kes pembuangan bayi dan kebanyakannya yang ditemui mati dalam keadaan yang menyedihkan . Ada juga yang bernasib baik ditemui dalam keadaan masih hidup tetapi ditemui dalam keadaan penuh tragis di dalam tong sampah, tempat pembuangan sampah, lubang tandas, tempat awam seperti masjid dan tandas awam dan sebagainya. Keadaan bayi yang ditemui itu jika masih bernyawa sungguh menyedihkan. Bayi yang tidak berdosa itu bertarung nyawa untuk hidup. 'Ibu' 'bapa' bayi ' tersebut begitu kejamnya sanggup membiarkan bayi tersebut tersiksa.

Apakah kita ingin digelar masyarakat yang tidak bertamadun dan tidak berperikemanusiaan sepertimana yang terjadi di zaman jahiliyah sebelum kedatangan Islam. Kanak-kanak terutamanya perempuan dibunuh dan ditanam hidup-hidup untuk menutup malu dan hanya untuk mempertahankan maruah keluarga. Rupanya perlakuan zaman jahiliyah muncul kembali. Lihatlah apa yang telah terjadi pada zaman sekarang. Kanak-kanak juga dilayan sebegitu tanpa rasa belas kasihan dan dibuang merata-rata demi untuk menutup malu dan menjaga maruah orang yang melakukannya.

Kes pembuangan bayi semakin meningkat dari hari ke hari. Telah banyak usaha kerajaan untuk membasmi gejala ini. Kempen, pertunjukan, denda seperti penjara 20 tahun kepada sesiapa yang didapati bersalah melakukan jenayah ini juga telah dijalankan, namun usaha ini tidak menampakkan hasil malah fenomena ini semakin menjadi-jadi sehingga bagai tidak dapat di bendung lagi. Semua pihak sepatutnya berganding bahu mencari pelbagai alternatif untuk membendung gejala sosial yang semakin membarah dalam masyarakat kita ini. Kerjasama jitu dripada semua pihak pasti kan membuahkan hasil. Semoga hasrat pemimpin negara untuk melahirkan rakyat berminda kelas pertama bakal direalisasikan
.

Friday, February 4, 2011

Pesanan Sahabat :)

"Duhai wanita,jagalah pandanganmu dan tundukkanlah hatimu dengan rasa keimanan yang teguh kepada Allah SWT.Janganlah engkau menyalahkan takdir atas perkara yang engkau tidak sukai namun sebaliknya bersangka baiklah pada tuhan sekalian alam,mungkin apa yang disukai olehmu tidak menjanjikan kebaikan padamu dan mungkin yang engkau tidak sukai itulah yang menjadi perkara terbaik bagimu".

19 keistimewaan wanita yang tidak di miliki oleh Lelaki..




1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , ” Ibu lebih penyayang dar ipada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkanAllah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku(Rasulullah SAW) di dalam syurga.

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendakla h mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuanatau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsa ndalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwaserta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a.” Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu dari padaanak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka merek aakan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-manapun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semu

a ikan-ikan di laut, burungdi udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginyaselama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

12. Aisyah r.a berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?” Jawab Rasulullah SAW “Suaminya.” ”Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah SAW, “Ibunya.”

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan,memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka AllahSWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka AllahSWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daridosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yangsakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hambadengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

subhanallah ..

mari lindungil perempuan dan Ibu kita. ^_^

Thursday, February 3, 2011













Cinta Dalam ISlam..






Apakah Kedudukan Cinta Di Dalam Islam?
Adakah Islam memusuhi cinta?

Adakah sebegini kejam sebuah agama yang disifatkan menepati fitrah? Sebenarnya tidak. Malah Islam memandang tinggi persoalan cinta yang tentunya merupakan perasaan dan fitrah yang menjiwai naluri setiap manusia. Namun,cinta di dalam Islam perlulah melalui pelbagai peringkat keutamaannya yang tersendiri :

Cinta kepada Allah

Islam meletakkan cinta yang tertinggi dalam kehiudupan manusia ialah cinta kepada Allah. Ketinggian nilai taqarrub Al-Abid kepada Khaliq dapat dikesan melalui cinta murni mereka kepada Pencipta. Tanpa cinta kepada Allah perlakuan hamba tidak memberi pulangan yang bererti sedangkan apa yang menjadi tunjang kepada Islam ialah mengenali dan dan menyintai Allah. Sinaran cinta itu jua akan mendorong hamba bertindak ikhlas di mihrab pengabdian diri kepada Allah serta menghasilkan cahaya iman yang mantap.

Firman Allah SWT :
“..(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah...”
(Surah Al-Baqarah ayat : 165)

Memiliki cinta Allah seharusnya menjadi kebanggaan individu mukmin lantaran keagungan nilai dan ketulusan ihsan-Nya.Namun menjadi suatu kesukaran untuk meraih cinta Allah tanpa pengabdian yang menjurus tepat kepada-Nya. Cinta Allah umpama satu anugerah yang tertinggi dan tidak mungkin sesiapa dapat memilikinya kecuali didahulukan dengan pengorbanan yang mahal. Cinta Allah adalah syarat yang utama untuk meletakkan diri di dalam barisan pejuang-pejuang kalimah Allah SWT.

Firman Allah SWT (yang bermaksud) :
“..Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamany
a (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir...” (Surah Al-Maidah, ayat 54)

Cinta Kepada Rasulullah SAW dan para anbiya’

Apabila manusia berada di dalam kegelapan yang begitu kelam,maka diutuskan pembawa obor yang begitu terang untuk disuluhkan kepada manusia ke arah jalan kebenaran. Sayang, pembawa obor tersebut terpaksa begelumang dengan lumpur yang begitu tebal dan menahan cacian yang tidak sedikit untuk melaksanakan tugas yang begitu mulia.Pembawa obor tersebut ialah Rasulullah SAW. Maka adalah menjadi satu kewajipan kepada kepada setiap yang mengaku dirinya sebagai muslim memberikan cintanya kepada Rasulullah dan para ambiya’. Kerana kecintaan inilah, para sahabat sanggup bergadai nyawa menjadikan tubuh masing-masing sebagai perisai demi mempertahankan Rasulullah SAW.

Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim menyebut:
Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda: Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperolehi kemanisan iman: Seseorang yang mencintai Allah dan RasulNya lebih daripada selain keduanya, mencintai seorang hanya kerana Allah, tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya dari kekafiran itu, sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam Neraka.
(Bukhari : no. 15, Muslim : no. 60, Tirmizi :no. 2548 Nasaie : no. 4901)

Namun, dalam suasana kita sekarang yang begitu jauh dengan Rasulullah SAW dari segi masa, adakah tidak berpeluang lagi untuk kita memberikan cinta kepada Rasulullah SAW? Sekalipun Rasulul
lah SAW telah meninggalkan kita jauh di belakang, sesungguhnya cinta terhadap baginda boleh dbuktikan melalui kepatuhan serta kecintaan terhadap sunnahnya. Oleh yang demikian, orang yang memandang hina malah meng
ejek-ngejek sunnah Rasulullah SAW tentunya tidak boleh dianggap sebagai orang yangmenyintai Rasulullah SAW.

Cinta Sesama Mukmin


Interaksi kasih sayang sesama mukmin adalah merupakan aset utama untuk menyalurkan konsep persaudaraan yang begitu utuh.

Cinta sesama mukmin inilah yang mengajar manusia supaya menyintai ibubapanya. Malah mengherdik ibubapa yang bererti merungkaikan talian cinta kepada keduana adalah merupakan dosa besar sebagaimana yang disebut di dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh:


Abu Bakrah r.a katanya:
“Ketika kami bersama Rasulullah s.a.w, baginda telah bersabda: Mahukah aku ceritakan kepada kamu sebesar-besar dosa besar: Ianya tiga perkara, iaitu mensyirikkan Allah, mengherdik kedua ibu bapa dan bersaksi palsu atau kata-kata palsu..”(Hadis riwayat Bukhari, no. 5519, Muslim : no. 126)

Alangkah indahnya sebuah agama yang mengajar penganutnya agar menghormati dan menyintai kedua ibubapanya yang telah melalui susah payah untuk membesarkan anak-anak mereka. Di manakah lagi keindahan yang lebih menyerlah selain daripada yang terdapat di dalam Islam yang mengajar umatnya dengan pesanan :

“..Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."
(Surah Israk, ayat 24)

Selain daripada cinta kepada kedua ibubapa ini, Islam juga meletakkan cinta sesama mukmin yang berimana sebagai syarat kepada sebuah perkumpulan atau jemaah yang layak bersama Rasulullah SAW. Hayatilah betapa dalamnya maksud firman Allah SWT :

“..Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam)... (Surah Al-Fath, ayat 29)

Malah, Al-Quran sendiri menukilkan betapa pujian melangit yang diberikan oleh Allah SWT kepada golongan Ansar yang ternyata menyintai golongan Muhajirin dengan cinta suci yang berasaskan wahyu Ilahi. Malah dalam keadaan mereka berhajat sekalipun, keutamaan tetap diberikan kepada saudara-saudara mereka dari golongn Muhajirin.
Firman Allah SWT yang bermaksud :
“..Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu; dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat. ..”
(Surah Al-Hasyr, ayat 9)

Bukankah ini yang telah diajar oleh Islam? Maka di tengah-tengah kecaman keganasan yang dilemparkan kepada Islam pada hari ini, kenapa tidak masyarakat antarabangsa malah umat Islam sendiri melihat bahawa betapa agungnya unsur kasih sayang dan cinta yang terdapat di dalam Islam? Namun, betapa agungnya cinta di dalam Islam, begitu jualah agungnya penjagaan Islam sendiri terhadap umatnya agar sama sekali tidak mencemarkan kesucian cinta dengan kekotoran nafsu.Itulah cinta di dalam Islam. Ia tidak dapat tidak haruslah diasaskan di atas dasar keimanan kepada Allah. Alangkah ruginya cinta yang lari dari landasan iman. Akan hanyutlah jiwa-jiwa yang menyedekahkan dirinya untuk diperlakukan oleh ‘syaitan cinta’ sewenangnya-wenangnya.

Cinta Dunia Remaja :

Tragedi Yang Menyayat Hati Tidak ada orang yang boleh mendakwa dirinya lari daripada mainan perasaan. Asal saja ia bernama manusia, maka sekaligus dirinya akan dicuba dengan mainan nafsu yang bagaikan lautan ganas yang begitu kuat bergelombang. Salah satu darinya ialah mainan cinta.Tidak sedikit orang yang rebah kerana cubaan ini. Dalam berbicara persoalan peringkat pembinaan ‘cinta lutong’,

As-Syauqi pernah bermadah :
Benar kata Syauqi, cinta lutong ini bermula dengan mainan mata yang tidak mempunyai sempadannya, ia kemudiannya diikuti dengan sahutan suara dan saling berhubung. Sampai peringkat tersebut, amat sukar sekali bagi pasangan cinta untuk tidak bertemu dan berdating sekaligus mendedahkan diri kepada aksi yang lebih hebat. Oleh kerana itulah, Islam dalam menjaga kesucian cinta dari dicemari oleh unsur-unsur nafsu meletakkan batasan pandangan seorang muslim dan muslimah.

Firman Allah SWT yang bermaksud :
“..Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan...”
(Surah An-Nuur, ayat 30)

Betapa bahayanya cinta lutong ini boleh dilihat apabila pasangan yang dhanyutkan olehnya tidak akan berupaya untuk berfikir secara waras lagi. Setiap detik dan masa yang berlalu tidak akan sunyi dari memikirkan persoalan cinta mereka. Setiap saat, jiwa sudah tidak mampu lagi untuk tenteram sekiranya tidak didodoikan dengan suara halus dan lunak yang berbicara dengan kata-kata yang hanya layak diperdengarkan di dalam kelambu. Sudah berkubur cita-cita perjuangan dan sudah lebur harapan masyarakat yang dipikulkan di atas bahu, yang ada hanyalah kehendak memuaskan hati pasangan masing-masing. Lantas, di saat demikian, layakkah orang yang hanyut ini diharapkan memikul tanggungjawab melaksanakan tugas penting membimbing masyarakat?Apakah penyelesaian terhadap permasalahan ini? Jalan yang paling baik ialah perkahwinan.

Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud :
“..Wahai golongan pemuda! Sesiapa di antara kamu yang telah mempunyai keupayaan iaitu zahir dan batin untuk berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin. Sesungguhnya perkahwinan itu dapat menjaga pandangan mata dan menjaga kehormatan. Maka sesiapa yang tidak berkemampuan, hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu dapat mengawal iaitu benteng nafsu..”
(Bukhari : no. 1772, Muslim : no. 2485)
Selain daripada perkahwinan yang tentunya merupakan perkara yang hampir mustahil untuk dilaksanakan dalam dunia seorang penuntut ilmu, maka Rasulullah SAW mencadangkan puasa sebagai jalan terbaik melepaskan diri dari kekangan nafsu yang meronta-ronta. Selain daripada itu, Islam sama-sekali tidak membuka pintu yang lain. Selain daripada perkahwinan, tidak dapat tidak, hanyalah kawalan terhadap jiwa mampu menyelamatkan diri sendiri dari turut terjun dalam arus ganas cinta lutong.
Sesungguhnya cinta sebelum perkahwinan adalah cinta palsu yang walaupun dihiasi dengan rayuan-rayuan halus namun ia adalah panggilan-panggilan ke lembah kebinasaan! Dan sekalipun kekosongan jiwa daripada cinta lutong secara zahirnya adalah penderitaan dan kesunyian yang begitu hebat, namun itulah hakikat cinta sejati kepada Allah. Andainya hati dihiasi dengan rayuan-rayuan syaitan yang seringkali mengajak ke arah melayan perasaan, maka hilanglah di sana cita-cita agung untuk menabur bakti kepada Islam sebagai medan jihad dan perjuangan.
Percayalah, masa muda yang dianugerahkan oleh Allah hanyalah sekali berlalu dalam hidup. Ia tidak akan berulang lagi untuk kali kedua atau seterusnya.

Hari Kekasih (Laluan Ke Neraka)


Menjelang bulan Februari, pasti ramai anak-anak muda yang sedang hangat dilamun cinta tidak sabar untuk meraikan ketibaan Hari Kekasih atau Hari Valentine yang jatuh pada tanggal 14 Februari. Bahangnya makin terasa.Kita boleh lihat banyak iklan, promosi dan tawaran hebat diadakan bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Kekasih. Bukan itu sahaja, lebih menarik lagi, pelbagai filem berunsur romance dihidangkan sepanjang bulan kekasih ini buat santapan si pencinta bagi menghangatkan lagi suasana bersama pasangan masing-masing.


Namun begitu, dalam sedar atau tidak, kita boleh lihat bukan sahaja masyarakat bukan Islam yang menyambut Hari Kekasih, malah umat Islam juga turut sama meraikan perayaan tersebut walaupun hari yang diraikan tidak terdapat dalam ajaran Islam.

Melihat pada fenomena ini, sambutan Hari Kekasih semakin mendapat sambutan dalam kalangan umat Islam khususnya golongan remaja. Lebih menyedihkan lagi, terdapat segelintir daripada mereka yang bertindak di luar batasan sehingga menimbulkan masalah sosial dalam masyarakat. Berlakunya perbuatan-perbuatan tidak bermoral seperti zina, minum arak, menghidu gam, menghisap ganja dan dadah secara tidak langsung mencerminkan keperibadian yang bobrok dalam kalangan remaja dan memberi gambaran negatif terhadap golongan remaja, dari segi agama dan negara, keluarga dan generasi yang akan datang.

Tindakan Penyelesaian

Bagi membina kekuatan dalaman remaja Islam hari ini serta menghindarkan mereka daripada terus menerus terjebak dalam unsur kurang sihat seperti hari kekasih adalah dengan mengukuhkan keilmuan dan keimanan. Penjelasan berkenaan larangan menyambut hari kekasih perlulah diwar-warkan kepada seluruh umat Islam khususnya remaja agar mereka faham apa sebenarnya erti disebalik hari kekasih atau Hari Valentine.

Para emaja hendaklah didedahkan dengan ajaran-ajaran agama supaya pegangan iman mereka sentiasa teguh dan tidak mudah goyah dengan gangguan manusia dan syaitan.

Keinginan remaja untuk mencuba sesuatu yang baru sememangnya tidak boleh dielakkan. Dan tidak dinafikan juga bahawa remaja juga mudah memberontak. Mereka masih muda dan tidak tahu arah tujuan sebenar hidup di alam sementara ini. Apa yang dikejar hanyalah keseronokan. Dan penulis tidak terkejut jika terdapat antara mereka yang memberikan pelbagai alasan demi membenarkan mereka menyambut perayaan ini.

Antara alasan yang lazim didengari dari remaja sekarang ialah menyambut Hari Kekasih secara tidak berlebihan, menyambutnya dengan hanya menghantar kiriman khidmat pesanan ringkas atau menghadiahkan sekuntum bunga sebagai tanda cinta. Tetapi, mengapa ia tidak dilakukan pada hari-hari biasa?

Selain itu, bukan besar atau kecil hadiah yang menjadi persoalan. Pokok pangkalnya adalah niat. Menurut sumber sejarah, Valentine Day ini telah menjadi acara keagamaan buat penganut Kristian. Apakah kita sebagai umat Islam ingin tergolong dalam golongan penganut kristian?

Di dalam surah Ali Imram ayat 31 telah menyebut "Katakanlah (Wahai Muhammad jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengetahui."

Ayat di atas bermaksud setiap kasih dan sayang yang ditetapkan oleh Islam tidak seharusnya disalahgunakan bagi memenuhi kehendak peribadi sesuatu pihak. Ia perlulah digunakan dalam suasana yang tidak bertentangan dengan syariat Islam dan boleh diterima pakai oleh masyarakat umum.

Oleh sebab itu, pengetahuan merupakan perkara yang penting dalam hidup supaya kita tidak mudah ditipu dan dipengaruhi oleh anasir-anasir luar yang boleh membinasakan diri kita. Jika ceteknya pengetahuan, maka benteng keimanan seseorang Muslim itu mudah rapuh sekali gus akan hilanglah jati diri dalam kalangan remaja Muslim.

Peranan Pihak Terlibat

Pergaulan yang mesra dan lemah lembut sesama ahli keluarga merupakan faktor yang boleh menyemai semangat kekeluargaan. Lakukanlah aktiviti secara bersama, Insya-Allah anak-anak muda ini pasti memahami bahawa kasih dan sayang bukanlah terletak kepada motif pemberian sahaja, malah lebih kepada mengekalkan hubungan baik serta dapat sama-sama menuju ke jalan yang diredhai.

Selain itu, pihak media juga hendaklah memainkan peranan yang penting dalam membetulkan semula fahaman remaja tentang hari kekasih. Ini kerana, media merupakan satu medium penyebar infomasi yang paling berpengaruhi oleh segenap lapisan penduduk.

Oleh itu, kesemua pihak yang terlibat hendaklah memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak-anak mereka agar tidak menyambut Valentine Day. Tambahan itu, isikanlah hati mereka dengan ilmu-ilmu akidah dan akhlak supaya mereka dapat menjaga benteng keimanan dari menjatuhkan maruah mereka sebagai remaja Muslim.

'Delete' 14 Februari Dalam Kalendar Minda Kita!


Apa istimewanya tanggal 14 Februari? Ia disambut dengan penuh kegembiraan oleh sebilangan besar rakyat dunia pada masa kini. Saban tahun, ramai tertunggu-tunggu akan tibanya tarikh tersebut. Kononnya ia adalah hari kekasih yang mana merupakan detik yang tepat buat pasangan yang hangat bercinta meluahkan rasa kasih dan cinta sesama mereka. Tidak kira dalam bentuk apa sekalipun, asalkan hasrat hati mereka tercapai.

Jika diperhatikan, budaya menyambut hari kekasih ini sudah mendapat tempat dan begitu popular dalam kalangan masyarakat kita termasuklah yang beragama Islam. Ia lebih tertumpu kepada golongan remaja biarpun ada dalam kalangan kita yang sudah berumahtangga sekalipun turut sama meraikan.


Menyimpang


Hari kekasih begitu sinonim dengan pemberian hadiah berupa coklat dan bunga mawar merah. Ia adalah lambang kasih sayang yang sangat istimewa yang diberikan. Bunga mawar dipersembahkan dalam hiasan dan balutan yang cantik manakala coklat pula disampaikan dengan bentuk dan kotak yang menarik sama ada berbentuk hati dan sebagainya. Tidak cukup dengan hadiah, ada yang meraikan dengan makan malam istimewa dan juga 'pembuktian' ketulusan cinta yang dibina. Walaupun ia jauh sekali menyimpang daripada budaya dan syariat umat Islam, namun kerana nafsu, ia dikira 'halal'.

Hari ini, umat Islam terpaksa berhadapan dengan pelbagai bentuk ancaman sama ada dari sudut budaya mahupun agama. Kita telah dijajah dari keseluruhan cara hidup, mentaliti, kelakuan dan juga amalan kerohanian yang sudah boleh dilihat adanya percampuran dengan unsur-unsur dari barat. Jadi, tidak hairanlah jika sambutan yang diraikan oleh golongan kristian turut sama disertai oleh umat Islam yang mudah terpengaruh.

Justeru, hari kekasih langsung tidak ada dalam sejarah Islam. Malah Islam sentiasa bersifat universal dan tidak dibatasi waktu, tempat,objek dan juga motif untuk menunjukkan kasih sayang. Hal ini sesuai dengan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud, "Cintailah saudara se-Islam seperti kamu mencintai dirimu sendiri." (Riwayat Bukhari). Jadi ikutan siapakah hari kekasih ini? Apabila kita leka, kita secara tidak langsung akan meminggirkan suruhan agama dan lebih kepada mengikut hawa nafsu dan mencari keseronokan hidup. Tanpa kita sedar, rupanya kita menyambut hari pemujaan penganut kristian.


Asal-usul Hari Kekasih

Menurut catatan sejarah, pelbagai kisah yang diceritakan mengenai asal usul sambutan hari kekasih ini. Ada yang mengatakan, sebelum abad ke-17 masihi, masyarakat Rom meraikan Hari Valentine pada 14 Februari setiap tahun sebagai hari mencintai tuhan atau patung pujaan mereka. Manakala dalam penceritaan lain, hari kekasih ini diraikan oleh penganut Kristian yang memuja seorang paderi bernama St. Valentine dengan menganggap beliau seorang yang mulia kerana sanggup berkorban dan mati demi kasih sayangnya terhadap agama Kristian dan penganut-penganutnya. Walau apa pun, jelas sekali ia langsung tiada kaitan dengan hari kebesaran buat umat Islam untuk turut sama meraikannya.

Allah telah berpesan kepada hamba-Nya, amal buruk jangan dikerjakan tidak kira dalam apa jua bentuk kelakuan sekalipun tetapi manusia sering melakukan sebaliknya. Apa-apa yang dilarang, itulah yang dibuatnya. Sama ada disebabkan ceteknya ilmu agama atau kerana terlalu mengikut hawa nafsu, jawapannya ada pada diri sendiri. Yang pasti, sambutan hari kekasih sudah menjadi trend dan mereka yang tidak meraikannya dipandang kolot dan 'out dated'.

Hakikatnya, sifat manusia ini lemah. Mudah terpengaruh dengan anasir-anasir jahat yang sengaja ingin memusnahkan dan melemahkan pegangan umat Islam. Golongan yang tidak senang dengan kehebatan Islam cuba merosakkan budaya dan akidah walau dengan apa cara sekalipun. Jika kita perhatikan, sebelum tiba tarikh 14 Februari, sebilangan besar media massa di seluruh dunia berlumba-lumba menyiarkan tentang kemeriahan menyambut hari kekasih, pasaraya dan pusat membeli belah pula membuat promosi besar-besaran dari segi hiasan, potongan harga dan juga tayangan filem-filem cinta bagi membesarkan lagi sambutan hari kasih sayang ini.

Sebagai umat Islam yang diwajibkan patuh pada ajaran Islam dan berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah, tinggalkanlah perbuatan yang sia-sia ini. Ia bukanlah hiburan yang boleh mengembirakan hati kita malah memesongkan akidah. Kita wajar tahu yang beramal mengikut sesuatu yang bertentangan dengan suruhan Allah itu boleh menjejaskan akhlak, akidah dan juga keimanan kita terhadap Allah SWT.

Tiada istilah menyambutnya sekadar suka-suka. Keterlibatan kita dengan sambutan hari kekasih yang jelas khusus untuk golongan kristian sudah dikira salah malah jatuh kepada perkara haram kerana menggalakkan pasangan berdua-duaan dan menyalurkan rasa kasih sayang diluar batas syariat. Walau bagaimanapun, bagi yang sudah berkahwin, amat digalakkan berkasih sayang tetapi janganlah membesar-besarkan tarikh 14 Februari sebagai hari yang istimewa buat diri dan pasangan tetapi jadikan setiap hari adalah hari kekasih. Selain memperolehi kebahagiaan, kita juga diberi ganjaran pahala di atas amal kebaikan yang dilakukan setiap hari.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...