Sahabat :)

Saturday, August 6, 2011

OBJEKTIF DAKWAH ISLAMIYAH KEPADA MASYARAKAT

Kewajipan serta matlamat kejadian setiap insan sama ada manusia dan jin adalah untuk beribadah kepada Allah swt.
$tBur àMø)n=yz £`Ågø:$# }§RM}$#ur žwÎ) Èbrßç7÷èuÏ9 ÇÎÏÈ
56. Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.
(Surah Az Zariaat Ayat 56)
            Dengan melakukan ibadat kepada Allah Swt setiap insan dapat mencapai kebahagiaan,keberkatan,kemualiaan,ketamadunan,kemanusiaan dan mendapat redha Allah swt di dunia dan akhirat tetapi hanya dengan member sepenuh keikhlasan ubudiyah kepada Allah swt Semata-mata. Oleh itu matlamat hidup hendaklah di utamakan untuk melakukan ibadah kepada Allah Swt seiring dengan keseimbangan Dunia dan akhirat.
            Objektif ataupun di istilahkan sebagai matlamat dan tujuan. Ayat di atas merupakan salahsatu objektif dakwah islamiyah kepada masyarakat. Objektif dakwah yang lebih umum adalah mengajak umat manusia tidak kira agama,bangsa mahupun orang kafir atau musyirik kepada jalan yg benar dan di redhai Allah swt, agar dapat mengatahui,menerima dan mengamalkan dalam kehidupan sehari-hari.
           
Firman Allah yang bermaksud :
" Serulah (manusia) kepada jalan TuhanMu dengan hikmah dan nasihat yang baik, dan berbincanglah dengan mereka dengan cara baik. Sesungguhnya TuhanMu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.".

 Selain daripada mengajak manusia untuk mendalami dan mengamalkan ajaran islam dalam kehidupan supaya menjadi rutin yang merupakan kewajipan umat islam untuk beribadah kepada Allah swt serta merialisasikan tugas perhambaan manusia hanya kepada Allah s.w.t. Oleh itu, seorang dai’e harus memahami tujuan dan objektif dakwah islamiyah kepada masyarakat.

Tambahan pula ojektif dakwah bukan sahaja untuk berdakwah kepada org yang bukan islam tetapi bagi mereka yang memang beragama islam. Hal ini, sangat berkaitan dengan Amar ma’aruf nahi mungkar justeru dapat memberi lebih banyak pengetahuan dengan peningkatan takwa dari segi pengetahuan agama,amalan kepada Allah swt dalam erti kata agar mereka sentiasa mengerjakan segala perintah Allah dan selalu mencegah diri dan umat yang lain daripada melakukan perkara yang di larang oleh Allah swt seperti yang terkandung dalam Al-Quran Surah Al-maidah ayat 2:


$pkšr'¯»tƒ tûïÏ%©!$# (#qãZtB#uä Ÿw (#q=ÏtéB uŽÈµ¯»yèx© «!$# Ÿwur tök¤9$# tP#tptø:$# Ÿwur yôolù;$# Ÿwur yÍ´¯»n=s)ø9$# Iwur tûüÏiB!#uä |MøŠt7ø9$# tP#tptø:$# tbqäótGö6tƒ WxôÒsù `ÏiB öNÍkÍh5§ $ZRºuqôÊÍur 4 #sŒÎ)ur ÷Läêù=n=ym (#rߊ$sÜô¹$$sù 4 Ÿwur öNä3¨ZtB̍øgs ãb$t«oYx© BQöqs% br& öNà2r|¹ Ç`tã ÏÉfó¡yJø9$# ÏQ#tptø:$# br& (#rßtG÷ès? ¢ (#qçRur$yès?ur n?tã ÎhŽÉ9ø9$# 3uqø)­G9$#ur ( Ÿwur (#qçRur$yès? n?tã ÉOøOM}$# Èbºurôãèø9$#ur 4 (#qà)¨?$#ur ©!$# ( ¨bÎ) ©!$# ߃Ïx© É>$s)Ïèø9$# ÇËÈ  
Wahai orang-orang Yang beriman, janganlah kamu ingat halal membuat sesuka hati mengenai syiar-syiar ugama Allah, dan mengenai bulan-bulan Yang dihormati, dan mengenai binatang-binatang Yang dihadiahkan (ke Makkah untuk korban), dan mengenai kalong-kalong binatang hadiah itu, dan mengenai orang-orang Yang menuju ke Baitullah Al-Haraam, Yang bertujuan mencari limpah kurnia dari Tuhan mereka (dengan jalan perniagaan) dan mencari keredaanNya (dengan mengerjakan Ibadat Haji di tanah Suci); dan apabila kamu telah selesai dari ihram maka bolehlah kamu berburu. dan jangan sekali-kali kebencian kamu kepada suatu kaum kerana mereka pernah menghalangi kamu dari Masjid Al-Haraam itu - mendorong kamu menceroboh. dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. dan bertaqwalah kepada Allah, kerana Sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya (bagi sesiapa Yang melanggar perintahNya).
(Surah Al Maidah Ayat 2)

           
Ada juga pendapat mengatakan Dakwah bukan hanya sekadar mengajak manusia kepada syiar-syiar yang bersifat juz'i seperti penghayatan beberapa sunnah kecil daripada Sunnah Rasulullah. Tetapi dakwah Islam bermatlamat mengajak manusia hidup berdasarkan sistem Allah dan memperjuangkannya sebagai ad-Din yang syamil dan kamil. Oleh itu dakwah mestilah dilihat sebagai kerja besar yang sangat penting dan mulia untuk membawa manusia hidup di bawah sitem Allah serta menghapuskan kezaliman dan kepalsuan taghut. Untuk sampai kepada objektif yang betul dan matlamat yang tinggi seperti dikehendaki Alah, para pendakwah perlu memahami dan menghayati fiqh al-Dakwah dengan cara yang betul dan bersugguh-sungguh. InsyaAlah segala usaha akan mencapai kejayaan dengan kemenangan serta keredhaan Allah s.w.t.






            ö@è% ¾ÍnÉ»yd þÍ?ŠÎ6y (#þqãã÷Šr& n<Î) «!$# 4 4n?tã >ouŽÅÁt/ O$tRr& Ç`tBur ÓÍ_yèt6¨?$# ( z`»ysö6ßur «!$# !$tBur O$tRr& z`ÏB šúüÏ.ÎŽô³ßJø9$# ÇÊÉÑÈ  
Katakanlah (Wahai Muhammad): "Inilah jalanku, Aku dan orang-orang Yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah Dengan berdasarkan keterangan dan Bukti Yang jelas nyata. dan Aku menegaskan: Maha suci Allah (dari Segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah Aku dari golongan Yang mempersekutukan[1] Allah Dengan sesuatu Yang lain."
(Surah Yusuf Ayat 108)

Beberapa pendapat mengatakan matlamat dakwah ialah menyeru atau mengembalikan manusia ke arah pengabdian yang mutlak atau menyeluruh hanya kepada Allah S.W.T. Ini bermaksud segala yang dirangka dalam gerak kerja dakwah perlu bermatlamatkan perkara ini iaitu mengajak mnusia ke arah ubudiah atau bertakwa kepada Allah dan menolak thaghut[2] yang mana merupakan intipati dalam dakwah. Maka segala strategi dakwah perlu disusun dan dirangka mengandungi intipati ini iaitu, ‘ taqwa kepada Allah’ yang mana jelas dan terang matlamat akhirnya nanti manusia atau mad’u akan terjurus untuk kembali mengabdikan diri secara mutlak kepada Allah.
 sepertimana yang kita ketahui umat Islam digalakkan untuk berdakwah berdasarkan banyak dalil antaranya dalam surah Al Imran Ayat 110.
 öNçGZä. uŽöyz >p¨Bé& ôMy_̍÷zé& Ĩ$¨Y=Ï9 tbrâßDù's? Å$rã÷èyJø9$$Î/ šcöqyg÷Ys?ur Ç`tã ̍x6ZßJø9$# tbqãZÏB÷sè?ur «!$$Î/ 3 öqs9ur šÆtB#uä ã@÷dr& É=»tGÅ6ø9$# tb%s3s9 #ZŽöyz Nßg©9 4 ãNßg÷ZÏiB šcqãYÏB÷sßJø9$# ãNèdçŽsYò2r&ur tbqà)Å¡»xÿø9$# ÇÊÊÉÈ  
Kamu [3]adalah sebaik-baik umat Yang dilahirkan bagi umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik dan melarang daripada Segala perkara Yang salah[4], serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). dan kalaulah ahli Kitab[5] itu beriman (sebagaimana Yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada Yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang Yang fasik.

Dalam keadaan masa kini menegakkan Islam kita tidak mampu untuk berdakwah berseorangan. Maka berdasarkan kaedah fiqh di atas,berjemaah yang asalnya hanya perkata hajiat menjadi wajib untuk melaksanakan dakwah yang wajib kerana dakwah tidak sempurna dilakukan secara berseorangan. Maka, kesimpulannya berjemaah menjadi wajib untuk melaksanakan dakwah yang wajib.

Dengan demikian, dari semua tujuan - tujuan tersebut, merupakan satu tunjang untuk pendakwah yakni Da’i. dan matlamat Tujuan yang paling utama dakwah adalah kebahagiaan dan kesejahteraan manusia lahir dan bathin di dunia dan di akhirat nanti.


KESAN DAKWAH KEPADA MASYARAKAT
Penyampaian cerita terutama yang berunsur pengajaran adalah satu daripada kaedah dakwah untuk menimbulkan rasa insaf seterusnya meningkatkan keimanan ke arah menyucikan akhlak supaya menjadi insan lebih baik. Ketika menyampaikan dakwah dan peringatan, kita harus mengemukakan kesempurnaan islam dengan lengkap dan menyeluruh tanpa memisahkan antara satu bahagian dengan bahagian yg lain sebab islam adalah penutup agama segala agama.
Untuk mewujudkan cita-citadalam memperkenalkan dan mengembangkan dakwah, seorang da’I harus memiliki sifat-sifat asasi dan harus berpegang pada uslub atau cara yang benar dan baik dalam melaksanakan dakwahnya. Bedakwah dengan cara yang berhikmah dan mengikut uslub yang benar akan mendapat impak atau kesan yang positif daripada pandangan masyarakat. Antara kesan dakwah islamiyah kepada masyarakat ialah :

  1. MENGUBAH SIKAP MASYARAKAT KEARAH KEPERIBADIAN YANG MULIA.
Berdakwah dengan berhikmah mampu mempengaruhi keperibadian masyarakat kearah kebaikan. Misalnya dari segi Adab, pendakwah boleh memberi pengetahuan kepada masyarakat dan memberi  contoh dan teladan yang baik merujuk kepada sunnah Rasulullah SAW.

  1. PENDEKATAN MASYARAKAT KEPADA ALLAH.
Kesan dakwah juga boleh membuat masyarakat dapat mendekatkan diri kepada pencipta yakni Allah SWT. Menyeru masyrakat pergi masjid,membaca Al-Quran dan membuat ceramah-ceramah agamah mengenai dakwah rasulullah SAW dan para sahabat ia mungkin mampu menarik Minat masyarakat untuk mengenal dan mendalami islam dan ia merupakan satu kesan yang amat positif.

  1. MENGURANGKAN GEJALA SOSIAL
Pendekatan dakwah dalam gejala social juga mampu mengurangkan gejala social yang berlaku terutamanya dalam kalangan remaja. Pendakwah boleh member pengetauan kepada masyrakat mengenai tanggungjawab menegakkan yang makruf dan membasmi yang mungkar di kalangan masyarakat.

RUJUKAN:
- Fiqh Dakwah,jilid 1,Syaikh Musthafa Masyhur, Al-I’thishom Cahaya Umat.
- Fiqh Dakwah,jilid 2,syaikh Musthafa Masyhur, Al-I’thishom Cahaya Umat.
-Dakwah Gerakan Islam Alaf baru,Ahmad Redzuwan Mohd Yunus,Badlihisham Mohd Nasir,Berhanundin Abdullah,UKM1970.
- http://adheecreative.blogdetik.com/2009/06/06/tujuan-dakwah-dalam-islam


[1] menduakan
[2]  syaitan, berhala, dan pelbagai kepercayaan dan amalan yang menyesatkan manusia daripada ajaran Islam.
[3] Rasulullah SAW
[4] Perkara yang membawa kemungkaran
[5] Kaum Yahudi dan Nasrani

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...