Sahabat :)

Friday, December 30, 2011

Mengurat???Bercinta???

Adalah sesuatu yang amat perlu untuk seseorang itu memulakan mukadimah cinta dengan mengurat. Apakah hukum mengurat dan bercinta dalam Islam? 
Apakah dibenarkan seorang lelaki muslim berbual dengan perempuan muslim?. Semua persoalan ini mungkin bermain-main dibenak fikiran remaja muslim yang sangat menitikberatkan ajaran Islam. Bagi sahabat remaja muslim yang kurang mengambil berat persoalan ini, mungkin mereka akan mengunakan formula “pakai bedal sahaja”. Salah tanggapan dan silap fahaman terhadap persoalan ini boleh mewujudkan konflik dalam diri remaja muslim.
Secara kasarnya ada sesetengah ulama menganggap mengurat dan bercinta itu halal tetapi kebanyakkan ulama yang lain pula menganggap haram. Bagaimanapun dikalangan ulama Fekah terdapat beberapa orang ulama yang merupakan pencinta yang hebat seperti Daud az-Zahiri yang merupakan imam Mazhab az-zahiri. 
Sebenarnya mengurat dan bercinta sama-sama penting dalam kehidupan. Tiada siapa yang dapat lari daripada mengurat dan bercinta termasuk mereka yang bercinta selepas berkahwin. Hal ini kerana mereka yang bercinta selepas berkahwin akan melihat bakal isteri sebelum diijabkabulkan.
Selain itu jika cinta dianggap sebagai mukadimah kepada perkahwinan, maka mengurat pula dianggap sebagai mukadimah kepada bercinta. Kedua-dua ini berkait antara satu sama lain kecuali bagi mereka yang berkahwin atas pilihan keluarga.
Mengurat dan bercinta dianggap berguna jika ia membawa kepada kebaikan. Sebagai contoh mengurat dan bercinta yang disusuli dengan perkahwinan dan mendirikan rumah tangga adalah berguna kerana ia membawa kebaikan. Dari sini terbentuk pula keluarga dan daripada keluarga ini terbentuk pula masyarakat seterusnya negara.Tidakkah dalam konteks ini mengurat dan bercinta tepat dengan ajaran Islam? Jawabnya ia memang bertepatan dengan ajaran Islam kerana manusia yang diamanahkan Allah sebagai khalifah di muka bumi ini perlu meneruskan survival sehingga ke hari kiamat. Kemungkinan jika manusia tidak mengurat dan bercinta, kita akan pupus di dunia seperti pupusnya dinasour dan ini sudah tentu menyalahi amanah Allah itu.
Namun dari sudut lain, mengurat dan bercinta dianggap tidak berguna dan tidak membawa kepada kebaikan. Mengurat dan bercinta seperti ini tidak menjadi mukadimah kepada perkahwinan sebaliknya mukadimah kepada melahirkan anak luar nikah atau mencampakkan anak yang tidak berdosa ke dalam tong sampah dan longkang.
Mengurat dan bercinta seperti ini dilarang dan diharamkan dalam Islam. Selain itu perlu diingatkan juga bahawa tindakan seseorang itu mengurat dan bercinta itu biasanya bertitik tolak daripada perasaan dan emosi, maka dengan itu mudah sekali terjerumus dalam perkara-perkara yang tidak baik. Oleh itu sesiapa sahaja yang berhadapan dengan ajakan perasaan dan emosi untuk mengurat dan bercinta perlu berusaha sedaya upaya mengunakan kewarasan akal.
Malah sebagai seorang muslim kita juga perlu mengelak daripada konteks fizikal atau luaran yang boleh mencetuskan keghairahan seks yang seterusnya menyebabkan berlaku perlanggaran hukum Allah iaitu perzinaan. Dalam hal ini adalah amat perlu setiap individu muslim berpegang kepada tanggugjawab menjaga dan memelihara aurat kerana persoalan keghairahan seks mempunyai hubung kait yang amat besar untuk berlakunya perzinaan.
Bagi mengelak daripada perkara-perkara terkutuk ini berlaku, panduan rasulullah perlu dipatuhi. Baginda melarang orang Islam supaya jangan melampau dalam mengurat. Malah baginda menyuruh mereka bercinta kerana Allah iaitu mencintai orang yang dikasihi kerana Allah.
Terdapat beberapa riwayat menceritakan Nabi Muhammad s.a.w membenarkan hamba menyanyikan lagu mengurat dipanggil ghazl. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Majah, Rasulullah menyuruh Aisyah menghantar seorang hamba yang pandai menyanyi lagu ghazl kepada pengantin kaum Ansar yang menjadi kerabat Aisyah. Ini kerana menurut Nabi, kaum Ansar ada keramaian termasuk mendendangkan lagu-lagu ghazl. Baginda berkata : Sesungguhnya kaum Ansar adalah kaum yang ada pada mereka ghazl. (Ibnu Majah. Hadis No 1890) 
Ghazl bermaksud mengurat tetapi ghazl dalam beberapa hadis nabi bermaksud mendendangkan lagu-lagu cinta yang sunyi daripada kata-kata baik dan sebagainya. Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh al-Bukhari,muslim dan lain-lain, Rasulullah menginggatkan supaya seorang penyanyi keluarga baginda bernama Anjasyah supaya jangan terlalu melampau mendendangkan lagu-lagu yang memperkatakan tentang mengurat dan bercinta.
Dato Dr Mashitah Ibrahim, penolong profesor di Jabatan al-Quran dan Sunah, Kulliah Ilmu Wahyu dan Warisan Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) memberi penjelasan mengenai cinta. Cinta ujarnya sering dikaitkan dengan barat atau Bollywood tetapi sebenarnya orang terlupa bahawa pokok persoalan cinta merupakan matlamat asasi dalam Islam.
Islam adalah agama yang membawa matlamat cinta. Cinta kepada Allah, cinta pada rasul, cinta kepada negara dan cinta sesama manusia. Sebab itulah rasulullah menekankan dalam mendidik anak-anak daripada kecil lagi diterapkan soal cinta. Dalam sebuah hadis, Nabi bersabda: tanamkan dalam diri anak-anak kamu cintakan Allah, cintakan Rasul, cintakan ahli keluarga Rasulullah dan cintakan membaca Al-Quran.
Ini menunjukkan cinta itu suatu yang penting diterapkan dalam diri setiap muslim sehinggakan Nabi s.a.w bersabda bahawa tidak masuk syurga sehingga kamu belajar cinta-mencintai diantara satu sama lain. 
Remaja bercinta jelas beliau bukan suatu perkara yang melanggar fitrah. Ia satu fitrah tetapi perlu diaturkan bagaimana cara mereka bercinta. Cinta tidak boleh berdasarkan emosi semata-mata, REMAJA mesti ada rasa tanggungjawab

Sebab-Sebab Rendahnya Rasa Malu pada Wanita

(pohon Semalu)


Pohon semalu...pantang disentuh pasti menunduk sopan, tapi durinya tetap tajam berceracakan.


Pohon semalu, memang pemalu! Sifat malu, lambang keindahan dan kemuliaan wanita bermaruah. Hakikatnya, malu bukan hanya untuk wanita tetapi untuk lelaki juga. Daripada Sa'id Al-Khudri katanya:


'Baginda Rasulullah adalah seorang yang sangat pemalu lebih daripada seorang dara dalam kelubungnya dan apabila melihat sesuatu yang tidak disukai Baginda, nescaya kami dapat camkan yang demikian itu daripada wajah Baginda.' (Hadis Riwayat Ibn Hibban)

Sabda Rasulullah s.a.w:
'Malu dan iman itu adalah teman seiring jalan. Jika yang satu diangkat nescaya terangkat pula yang satu lagi.'(Hadis Riwayat al-Baihaqi)


Malu adalah salah satu sifat mahmudah yang seharusnya ada dalam diri kita terutamanya seorang wanita muslim. Ia penting sebagai benteng untuk menjaga iman kita dari terhakis oleh perkara yang mungkin boleh menjerumuskan kita ke lembah maksiat dan perbuatan lain yang tidak elok. Jika malu itu 50% daripada Iman, mana 50% lagi. Yang selebihnya ialah Takwa.  Malu dan Takwa adalah gandingan sifat yang menjadikan seseorang mempunyai 100% keimanan.  Takwa bermaksud bukan saja takut kepada Allah tetapi lebih daripada itu ‘buat apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang ditegah’
Kita sebagai wanita muslim sepatutnya malu dengan Allah SWT jika ingkar akan suruhanNya, malu dengan Rasulullah SAW jika meninggalkan sunahNya, malu kerana lupa atau malas membaca Al-Quran, malu kerana tidak menghormati guru serta ibu bapa, malu kerana melakukan maksiat, dan yang penting malu dengan dosa-dosa kita.
Bila bercakap tentang malu, ada satu kisah menarik tentang MALU. Kisah antara Rasulullah SAW dan puteri baginda Fatimah.

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang Pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah.


Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawa pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.
Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa
wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).


Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.
Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi.
Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat
dengan Allah Rabbul Alamin.


Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang.
Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.
Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil,


Rendahnya rasa malu (terutama pada wanita) disebabkan oleh banyak faktor, antara lain:



1. Tidak ada pendidikan secara yang mengikut syariat semenjak kecil, kerana orang yang terbiasa dengan sesuatu, pada masa mudanya akan terbawa terus hingga masa tuanya. 


Sesungguhnya ranting-ranting itu akan tegak lurus 
Manakala engkau meluruskannya 
(di masa tumbuh)
Namun ia tidak bisa diluruskan k


etika sudah menjadi kayu.


2. Terlalu kerap bergaul dan berbincang-bincang dengan lelakii ajnabi (yang bukan mahramnya).

3. Banyak bergaul dengan orang- orang yang sedikit rasa malunya atau selalu melihat mereka. Hal ini terjadi melalui aktiviti melancong, bertemu di pasar @ kedai, pusat-pusat perbelanjaan atau tempat hiburan,  juga melalui kemudahan canggih seperti internet dsbg..



4. Termasuk faktor yang terpenting juga adalah dan kerapnya wanita ke luar rumah. Allah berfirman, 




ertinya, ”Dan berdiamlah kamu (isteri-istrei Nabi) di rumah-rumah kamu.”


Rasulullah s.a.w  juga bersabda, 


ertinya, ”Wanita itu adalah aurat.Sesungguhnya apabila ia keluar maka setan membuntutinya dan sesungguhnya dia tidak lebih dekat kepada Allah dibanding (ketika) ia berada di tengah-tengah rumahnya.”


Jadi, mulai hari ini ayuh wanita-wanita solehah sekalian, jadilah kita seperti pohon semalu yang akan malu pada tempatnya, yang sentiasa mempertahankan maruah dan harga diri, dan yang pandai menjaga diri.  Malu Sebahagian daripada Iman.

Saturday, December 24, 2011

Tips BERsabar :)



  • Salah satu ciri orang-orang beriman ialah orang-orang yang saling menasihati dalam kebenaran dan kesabaran.
  • Kesabaran itu adalah bekalan orang yang terpaksa, dan kerelaan itu adalah darjat ketinggian para arif.
  • Syukur dan sabar merupakan sarana meningkatkan kualiti diri agar lebih berharga dalam pandangan Allah.

  • Setiap hari kita selalu dituntun oleh keinginan. Kalau tidak sabar, keinginan inilah yang akan menjerumuskan kita.  Luruskan niat ketika datangnya keinginan.
  • Kita dikurniakan oleh Allah keinginan. Keinginan itulah yang menuntun sikap. Kalau tidak sabar, kita kehilangan niat. Padahal niat adalah kunci agar amal diterima.

  • Berhati-hatilah, nafsu akan membutakan kita dari kebenaran. Kita harus sabar untuk bertanya, benarkah niat saya ini?  Betulkah tujuan saya? Mintalah petunjuk kepada Allah.
  • Kegagalan itu adalah ketika kita tidak sabar menghadapi sesuatu hal yang tidak sesuai dengan keinginan kita.

Friday, December 23, 2011

Sahabat @_@

*Sahabat yang baik adalah sahabat yang berani membetulkan kita ketika kita berbuat kesalahan sehingga kita tidak hanyut di dalam kesalahan dan dosa.


*Sahabat sejati akan meluruskan jalan ketika kita kehilangan arah dan tidak akan meninggalkan kita dalam suka, apalagi dalam duka.


*Bersahabat dengan seorang yang jujur akan membuat seseorang itu sentiasa terpelihara kejujurannya.



*Terima kasih buat sahabat-sahabatku yang berakhlak mulia dan telah menepati kata-kata itu.

Monday, December 12, 2011

Wanita dan Aurat..Dakwah Nasyid



Bismillahirrahmanirrahim..
Salam Ramadhan kepada semua pembaca. Rasanya tak terlambat untuk saya mengucapkan kalimah itu kan? Bagaimana iman anda hari ini? Bagaimana dengan puasa anda setelah 2 minggu kita berada di bulan Ramadhan? Adakah taqwa kita semakin bertambah atau berkurang? Sama-sama kita muhasabah diri.

Bila menyebut tentang wanita, kita tidak boleh lari daripada menyebut tentang aurat. Dan bagi saya, bila menyebut tentang wanita, kita tidk boleh lari daripada menyebut tentang fitnah. Ya, kerana wanita itu sendiri adalah fitnah untuk dirinya dan orang lain. Kenapa saya berkata begitu sedangkan saya juga seorang wanita? Kerana setiap kata, perbuatan malah tubuh wanita itu juga mampu mengundang fitnah seandainya tidak dijaga dengan baik.
Sabda kekasih ALLAH, Muhammad pesuruh ALLAH:

Tidak aku tinggalkan fitnah selepasku yang lebih boleh membawa mudharat kepada lelaki selain wanita

Post-post sebelum ini menceritakan tentang aurat wanita yang sangat nyata iaitu tubuh badannya sendiri dan saya rasa aurat ini sudah cukup jelas, nyata dan terang perlu ditutup dan dijaga daripada pandangan orang yang tidak sepatutnya. Ttetapi, hakikatnya masih ramai wanita yang mendedahkan aurat mereka yang penuh dengan fitnah itu.
Itu aurat yang cukup jelas. Bagaimana pula dengan aurat yang kurang jelas? Apa yang saya maksudkan dengan aurat yang kurang jelas. Yakni, ianya adalah suara indah para wanita itu. Ramai yang tidak tahu bahkan ramai juga yang tahu bahawa suara merupakan aurat bagi seorang wanita iaitu suara yang dibuat-buat manja, suara yang mendayu-dayu yang mampu menimbulkan fitnah pada lelaki-lelaki yang mendengarnya.
Suara dan Dakwah
Dakwah merupakan suatu usaha untuk mengembangkan ajaran Islam dan menyampaikan kefahaman tentang ajaran Islam kepada masyarakat melaui pelbagai medium antaranya suara. Saya tidak menafikan bahawa suara amat penting untuk menyampaikan dakwah yakni melaui ceramah-ceramah, forum-forum dan sebagainya. Dan salah satunya lagi adalah dakwah melalui nasyid.
Dalam kalangan anak-anak muda masa kini, muzik merupakan sesuatu yang menjadi hiburan dalam hidup mereka. Dan pendekatan dengan menggunakan muzik juga seringkali dipraktikkan dalam usaha menyampaikan dakwah kepada masyarakat yang dikenali sebagai nasyid. Ia sama sekali tidak salah. Dalam Islam juga membenarkan kita berhibur asalkan tidak berlebihan dan tidak melalaikan. Bait-bait lirik yang menimbulkan keinsafan itu sangat baik untuk didengar sebagai penyegar jiwa. Dan medium dakwah melalui nasyid ini sama sekali tidak menjadi masalah bagi kaum lelaki. Tetapi, bagaimana pula dengan wanita??
Suara wanita pada asalnya bukanlah aurat. Secara logik, kalau suara wanita itu adalah aurat semuanya maka wanita tidak boleh bercakap melainkan terhadap suaminya dan ahli keluarganya. Ingat, Islam itu tidak menyusahkan.
Surah Al-Ahzab: 32
…maka janganlah kamu berbicara dengan lembut manja kerana boleh menimbulkan keinginan orang yang di dalam hatinya ada penyakit, dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik, sesuai dan sopan.
Suara wanita yang dikatakan aurat itu adalah suara yang dibuat-buat manja, mendayu-dayu, mengada-ngada, menggoda-goda dan yang seangkatan dengannya. Suara seperti itulah yang dikatakan aurat. Maka, apa kaitannya dengan dakwah melalui nasyid ini?
Suara wanita yang dilagukan
Saya suka mendengar nasyid bahkan sangat suka. Dan saya pernah mendengar sebuah nasyid yang dinyanyikan oleh sekumpulan wanita. Nasyid yang berkonsepkan ketuhanan. Subhanallah, merdunya suara. Lembut dan menusuk ke hati. Teringin nak tengok tuan empunya suara. Mesti cantik. Haa..itu saya iaitu seorang wanita yang mendengar suara seorang wanita lain bernasyid. Bagaimana pula dengan lelaki yang turut mendengar nasyid tersebut? Pasti lebih hebat lagi pujian yang diberikan. Tidakkah di sini keadaannya mengundang fitnah pada diri wanita itu dan menjadikn hukum suaranya itu sebagai aurat?



Memang benar tujuan nasyid itu adalah untuk dakwah. Tujuannya adalah untuk menyedarkan kita tentang kekuasaan ALLAH. Itu memang sangat baik. Tetapi, adakah kita yakin setiap lelaki yang mendengar dan melihat nasyid itu dipersembahkan akan mengambil iktibar dari bait-bait lagu itu atau sekadar menikmati kemerduan suara wanita itu lantas bermain-main dengan nafsunya yang tergoda dengan keindahan suara tersebut?
Saya petik sebuah kisah yang say abaca di dalam buku karangan Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman.
Saya teringat satu kisah, ketika saya sampai ke sebuah universiti(Jordan) untuk menyampaikan ceramah. Ketika itu kecoh dalam kalangan siswa di sana berkenaan satu vcd nasyid kumpulan wanita baru dari Malaysia. Saya terdengar bahawa terdapat beberapa bakal ustaz di situ yang berebut-rebut untuk melihat dan mendengarnya. Rupa-rupanya ia begitu popular kerana ahlinya terdiri daripada gadis-gadis yang cantik dan solehah.Pinjam meminjam berlaku bahkan ada yang menyalinnya ke dalam computer masing-masing. Dan aduan mengatakan terdapat siswa yang terlalu asyik dengannya dan asyik mengulang tayang vcd tersebut.
Adakah ini yang dikatakan dakwah??
Saya sendiri dapat melihatnya ketika berada di dalam kuliah. Kuliah jam 2 petang dan rata-rata siswa dan siswi mengantuk pada ketika itu. Tiba-tiba ada seorang siswi bertanyakan soalan. Suaranya yang lembut dan manja itu mengundang tarikan pada siswa yang mengantuk. Masing-masing mula mengangkat kepala, dan terjengah-jengah mencari tuan empunya suara.
Nah, itu adalah tidak sengaja kerana suaranya memang begitu tetapi bagaimana pula dengan yang sengaja dimanjakan dan dilembutkan??
Tidak salah jika wanita itu ingin bernasyid tetapi nasyidnya itu mestilah hanya didengari oleh kaum wanita juga. Para ulama’ tafsir menyebut suara wanita yang dilagukan termasuk daripada kecantikan-kecantikan yang tidak harus deperdengarkan dan dipertontonkan kepada lelaki bukan mahram. Tiada khilaf dalam hal ini.
Dan seperkara lagi tentang suara wanita yang dikatakan aurat ini adalah ketika mengalunkan ayat suci Al-Quran. Subhanallah, saya sendiri terpegun ketika mendengar alunan ayat suci dari seorang muslimah dalam sebuah rancangan di televisyen. Dan saya pasti ramai juga lelaki-lelaki yang turut terpegun dan terpesona. Membaca ayat Al-Quran. Bunyinya kedengaran sangat baik tetapi ia menjadi tidak baik kerana wanita yang membacanya di khalayak ramai. Sudah pupuskah qari di Malaysia ini sehinggakan memerlukan qariah untuk mengajar lelaki-lelaki membaca Al-Quran??


Masih banyak lagi medium dakwah lain yang boleh dipelopori oleh kaum wanita. Biarkanlah medium dakwah melaui nasyid ini dipelopori oleh kaum lelaki sahaja. Usahlah sengaja menjerumuskan diri ke dalam lembah fitnah. Kelak kita sendiri yang akan terperangkap dan tidak dapat keluar darinya.
Wallahualam
p/s: blog ni pun salah satu medium dakwah yang bagus juga^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget