Sahabat :)

Saturday, February 5, 2011



Masalah pembuangan bayi kini semakin menjadi-jadi. kenapa dan bagaimana fenomena ini berlaku?Manusia alaf moden ini nampaknya semakin luntur nilai perikemanusiaannya. Isu ini telah lama diketengahkan oleh banyak pihak. Ada yang menangis mengenangkan nasib ciptaan Allah ini yang tidak dipandang dan dicampak merata-rata seolah-olah ianya sesuatu yang Allah ciptakan tanpa nyawa. Padahal ia merupakan ciptaan Allah yang suci tetapi dilahirkan daripada dosa insan yang bernafsukan syaitan.

Inilah realiti yang telah berlaku dalam masyarakat kita pada masa ini. Maksiat dan aktiviti seksual bebas berlaku di mana-mana sahaja. Anak-anak remaja kini tidak lagi mengenal dosa atau pahala, meskipun ada dalam kalangan mereka yang mempunyai pendidikan yang tinggi dan belajar di IPT-IPT yang terkemuka. Semua yang dilakukan hanya untuk memuaskan diri sendiri tetapi tidak memikirkan bahawa apa yang dilakukan hanya perbuatan keji yang merosakkkan masa depan mereka sahaja.. Hasil dari perbuatan dosa inilah yang melahirkan satu janin yang kelahirannya bukan daripada kehendak mereka tetapi dari nafsu serakah yang mementingkan peribadi dan yang didalangi oleh syaitan terkutuk.

Hampir setiap minggu kita mendengar berita dari televisyen, akhbar dan majalah tentang kes pembuangan bayi dan kebanyakannya yang ditemui mati dalam keadaan yang menyedihkan . Ada juga yang bernasib baik ditemui dalam keadaan masih hidup tetapi ditemui dalam keadaan penuh tragis di dalam tong sampah, tempat pembuangan sampah, lubang tandas, tempat awam seperti masjid dan tandas awam dan sebagainya. Keadaan bayi yang ditemui itu jika masih bernyawa sungguh menyedihkan. Bayi yang tidak berdosa itu bertarung nyawa untuk hidup. 'Ibu' 'bapa' bayi ' tersebut begitu kejamnya sanggup membiarkan bayi tersebut tersiksa.

Apakah kita ingin digelar masyarakat yang tidak bertamadun dan tidak berperikemanusiaan sepertimana yang terjadi di zaman jahiliyah sebelum kedatangan Islam. Kanak-kanak terutamanya perempuan dibunuh dan ditanam hidup-hidup untuk menutup malu dan hanya untuk mempertahankan maruah keluarga. Rupanya perlakuan zaman jahiliyah muncul kembali. Lihatlah apa yang telah terjadi pada zaman sekarang. Kanak-kanak juga dilayan sebegitu tanpa rasa belas kasihan dan dibuang merata-rata demi untuk menutup malu dan menjaga maruah orang yang melakukannya.

Kes pembuangan bayi semakin meningkat dari hari ke hari. Telah banyak usaha kerajaan untuk membasmi gejala ini. Kempen, pertunjukan, denda seperti penjara 20 tahun kepada sesiapa yang didapati bersalah melakukan jenayah ini juga telah dijalankan, namun usaha ini tidak menampakkan hasil malah fenomena ini semakin menjadi-jadi sehingga bagai tidak dapat di bendung lagi. Semua pihak sepatutnya berganding bahu mencari pelbagai alternatif untuk membendung gejala sosial yang semakin membarah dalam masyarakat kita ini. Kerjasama jitu dripada semua pihak pasti kan membuahkan hasil. Semoga hasrat pemimpin negara untuk melahirkan rakyat berminda kelas pertama bakal direalisasikan
.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget