Sahabat :)

Tuesday, July 26, 2011

Muhasabah BerSama...

MATLAMAT DAKWAH : 


  Pada kali ini, diri yang lemah ini terpanggil untuk mengupas tentang situasi-situasi terkini badan dakwah atau organisasi Islam pada kedewasaan ini yang adakalanya dalam kerancakan merangka, menyusun dan melaksanakan gerak kerja dakwah sehingga sedikit tersasar dari matlamat serta tugas utama dakwah itu sendiri. 
            Bila mana menyebut organisasi atau jemaah Islam pastilah ia dibina berdasarkan Islam dan pelaksanaan serta orientasi gerak kerja dakwah @ manhaj perjuangan yang disusun berdasarkan Al-Quran dan Sunnah serta mempunyai matlamat yang jelas di samping mempunyai tanzim yang tersusun untuk menambahkan lagi keberkesanan dakwah dan islah.




Menyingkap kembali matlamat dakwah ialah menyeru atau mengembalikan manusia ke arah pengabdian yang mutlak atau menyeluruh hanya kepada Allah S.W.T. Ini bermaksud segala yang dirangka dalam gerak kerja dakwah perlu bermatlamatkan perkara ini iaitu mengajak mnusia ke arah ubudiah atau bertakwa kepada Allah dan menolak thaghut yang mana merupakan intipati dalam dakwah. Maka segala strategi dakwah perlu disusun dan dirangka mengandungi intipati ini iaitu, ‘ taqwa kepada Allah’ yang mana jelas dan terang matlamat akhirnya nanti manusia atau mad’u akan terjurus untuk kembali mengabdikan diri secara mutlak kepada Allah.




Pengabdian yang menyeluruh kepada Allah S.W.T boleh dicapai tertegaknya Islam dalam fardil muslim, baitul muslim, mujtama’ muslim dan yang paling berkesan dengan terbinanya daulah Islamiyah yang mana peringkat-peringkat ini merupakan matlamat khusus sesuatu harakah atau jemaah islamiyyah.

Merenung kembali dalil atau kewajipan berjemaah yang ditetapkan oleh ulama’ berdasarkan qawaidul fiqh:
“ Tidak sempurna sesuatu yang wajib melainkan dengannya ia menjadi wajib”

Berdasarkan kaedah fiqh ini, sepertimana yang kita ketahui umat Islam berkewajipan (wajib fardhu ain) untuk berdakwah berdasarkan banyak dalil antaranya dalam surah Ali-Imran:110:

110. Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. 






Dalamsituasi pada masa kini untuk menegakkan Islam kita tidak mampu untuk berdakwah berseorangan. Maka berdasarkan kaedah fiqh di atas,berjemaah yang asalnya hanya perkata hajiat menjadi wajib untuk melaksanakan dakwah yang wajib kerana dakwah tidak sempurna dilakukan secara berseorangan. Maka, kesimpulannya berjemaah menjadi wajib untuk melaksanakan dakwah yang wajib.

Justeru itu, jelas di sini bahawa ‘core business’ suatu jemaah itu adalah untuk menjalankan dakwah yang mana intipati dakwah itu perlu berasaskan taqwa untuk mengembalikan umat manusia ke arah pengabdian yang semata-mata kepada Allah Yang Maha Esa.

Konklusinya, setiap strategi dakwah perlu disusun, dirangka dan jelas matlamat serta halatuju akhirnya iaitu mengajak manusia kembali ubudiah secara mutlak kepada ALLAH. Jangan sampai “syok sendiri” merangka pelbagai strategi dakwah tetapi tidak menuju matlamat dakwah yang sebenar. Nauzubillah.


“Semoga diri ini thabat dalam dalam dakwah hingga ke nafas yang terakhir.. ameen”


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget