Sahabat :)

Wednesday, September 28, 2011

(^_^) RESEPI IMAN & TAKWA (^_^)

Umat Islam hari ini sedang di landa masalah yang sangat meruncing. Tidak hairan lah kita dilanda bermacam bala dari Allah. Dilanda bencana alam, di bom, dibunuh dan di hina. Kenapa orang Islam yang kena? Bukankah seluruh dunia mendoakan kesejahteraan Palestin & Iraq? Tapi kenapa tak makbul? Ini semua adalah kerana umat Nabi S.A.W hari ini mempunyai masalah IMAN yang sangat sangat teruk. Kalau nak di katakan masalah ilmu. Tak pulak. Ramai orang Islam yang jadi doctor, engineer dan pakar dalam pelbagai bidang. 


Sahabat sahabat r.a dahulu mereka belajar tentang IMAN dahulu kemudian baru mereka belajar Al-Quran. Bila IMAN dah mantap barulah senang beramal. Sahabat2 r.a bila turunnya ayat pengharaman arak, mereka terus pecahkan tempayan(arak). Bukannya senang bila dah ketagih pastu nak tinggalkan. Macamana diorang leh buat camtu? Sebabnya mereka mempunyai kekuatan IMAN. Iman mereka di usahakan setiap hari. Bila iman dah kuat datanglah perintah apa pun mereka mampu tunaikan. Sebab tu sahabat2 r.a ni kata pada Nabi S.A.W kenapa tak terima je solat 50 waktu tu tapi dikurangkan kepada 5 waktu. Sahabat2 r.a ni mempunyai kekutan IMAN yang mana membolehkan mereka amalkan apa saja perintah Allah. Tapi kita di akhir zaman ini terlalu jauh kalau nak di bandingkan dengan mereka. Pengorbanan mereka sangat tinggi pada agama sebab tu lah Allah kurniakan kefahaman agama yang sangat tinggi pada mereka. Ini semua kerana mereka ni mempunyai asas agama yang kukuh iaitu IMAN. 

APA ITU IMAN?


Iman bererti:

1. Percaya dengan sebenarnya sesuatu yang tertentu serta sanggup mematuhi apa yang dikehendaki oleh kepercayaan itu.
2. Segala jenis ketaatan hasil dari kepercayaan dan kesanggupan itu.
3. Perkara-perkara yang diimankan itu, dan iman dengan erti inilah yang dikehendaki di dalam hadis tersebut.

         Percaya secara mutlak kepada Allah ialah membenarkan dan mengakui adanya Allah, mempercayai sifat-sifat Allah, mempercayai dan membenarkan kekuasaan Allah dan segala peraturanNya. Kepercayaan yang mutlak ini hendaklah mengandungi tiga unsur penting, iaitu;

1. Iqrar dengan lidah
2. Tasdiq (dibenarkan) dengan hati
3. Dilakukan dengan anggota

Abul Ala Maududi, seorang ulama' terkemuka, menjelaskan hubungan antara iman dengan Islam;

"Hubungan antara Islam dengan iman ialah laksana hubungan antara pokok dengan akarnya sebagaimana sepohon pokok tidak dapat tumbuh dan hidup subur tanpa akarnya, demikianlah pula seseorang itu tidak dapat menjadi muslim tanpa mempunyai keimanan."

Kata seorang Sahabat r.a �IMAN ITU DIANTARA HARAP DAN TAKUT�

Apa yang di maksudkan antara harap dan takut? Allah S.W.T ciptakan syurga dan neraka. Mengapa ia di ciptakan? Jawapannya supaya kita berIMAN. Syurga di cipta supaya kita berHARAP dapat memiliki syurga dan neraka di cipta supaya kita TAKUT dengan azab api neraka. mengHARAP dan TAKUT yang bagaimana? Begini� jikalau semua orang manusia dimasukkan neraka dan hanya seorang sahaja yang dimasukkan dalam syurga, maka kita berHARAPlah yang seorang itu adalah anda�.. jikalau semua orang dimasukkan ke dalam syurga dan hanya seorang sahaja yang di masukkan ke dalam neraka, maka TAKUT � TAKUTLAH yang seorang itu adalah anda�.

Contoh lainnya sewaktu sembahyang� kita berHARAP sembahyang kita akan di terima oleh ALLAH tetapi dalam masa yang sama kita TAKUT sembahyang kita hanya akan menambah kemurkaan ALLAH.



DI MANA LETAKNYA IMAN?



           IMAN letakknya di hati yakni raja segala anggota. Kalau baik hati maka baiklah anggota yang lain. IMAN ini bagaikan cahaya pada hati. 

Kata Imam Al Ghazali �hati itu bagaikan sebuah tasik, yang mana terbentuk dari empat sungai, sungai itu adalah mulut, mata, akal dan telinga�

Jika salah satu sungai tadi ada kekotoran maka tasik tadi akan kotor jugak, pendek kata sungai sungai tadi mesti bersih barulah tasik yang terbentuk pun bersih.

Jadi untuk dapatkan hati yang bersih ialah dengan menjaga 4 perkara ini. MULUT memperkatakan tentang kebesaran dan keagungan Allah, jangan cakap tentang perkara sia-sia dan , MATA melihat kebesaran dan keagungan ciptaan Allah, jangan tengok benda2 tak elok cth tenung perempuan, AKAL memikirkan tentang keuasaan Allah yang Maha Pencipta dan TELINGA mendengar tentang perkara baik2 cth dengar bacaan Al-Qu`an, dengar orang bercerita tentang kehebatan Allah, kalau dengar orang mengumpat beredarlah dngan penuh hikmah



FUNGSI IMAN?

            Di antara fungsi IMAN ini ialah untuk memudahkan kita beramal. IMAN dan AMAL adalah saling bersangkut paut. Kekuatan iman akan membawa kita kepada menunaikan solat di awal waktu, membawa kita kepada solat berjemaah dan memudahkan untuk kita melakukan perintah2 yang lain. Bukan setakat yang wajib tetapi juga yang sunat pun boleh kita lakukan bila adanya kekuatan IMAN. Effect IMAN adalah pada amalan harian kita. 





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...