Sahabat :)

Monday, December 12, 2011

Wanita dan Aurat..Dakwah Nasyid



Bismillahirrahmanirrahim..
Salam Ramadhan kepada semua pembaca. Rasanya tak terlambat untuk saya mengucapkan kalimah itu kan? Bagaimana iman anda hari ini? Bagaimana dengan puasa anda setelah 2 minggu kita berada di bulan Ramadhan? Adakah taqwa kita semakin bertambah atau berkurang? Sama-sama kita muhasabah diri.

Bila menyebut tentang wanita, kita tidak boleh lari daripada menyebut tentang aurat. Dan bagi saya, bila menyebut tentang wanita, kita tidk boleh lari daripada menyebut tentang fitnah. Ya, kerana wanita itu sendiri adalah fitnah untuk dirinya dan orang lain. Kenapa saya berkata begitu sedangkan saya juga seorang wanita? Kerana setiap kata, perbuatan malah tubuh wanita itu juga mampu mengundang fitnah seandainya tidak dijaga dengan baik.
Sabda kekasih ALLAH, Muhammad pesuruh ALLAH:

Tidak aku tinggalkan fitnah selepasku yang lebih boleh membawa mudharat kepada lelaki selain wanita

Post-post sebelum ini menceritakan tentang aurat wanita yang sangat nyata iaitu tubuh badannya sendiri dan saya rasa aurat ini sudah cukup jelas, nyata dan terang perlu ditutup dan dijaga daripada pandangan orang yang tidak sepatutnya. Ttetapi, hakikatnya masih ramai wanita yang mendedahkan aurat mereka yang penuh dengan fitnah itu.
Itu aurat yang cukup jelas. Bagaimana pula dengan aurat yang kurang jelas? Apa yang saya maksudkan dengan aurat yang kurang jelas. Yakni, ianya adalah suara indah para wanita itu. Ramai yang tidak tahu bahkan ramai juga yang tahu bahawa suara merupakan aurat bagi seorang wanita iaitu suara yang dibuat-buat manja, suara yang mendayu-dayu yang mampu menimbulkan fitnah pada lelaki-lelaki yang mendengarnya.
Suara dan Dakwah
Dakwah merupakan suatu usaha untuk mengembangkan ajaran Islam dan menyampaikan kefahaman tentang ajaran Islam kepada masyarakat melaui pelbagai medium antaranya suara. Saya tidak menafikan bahawa suara amat penting untuk menyampaikan dakwah yakni melaui ceramah-ceramah, forum-forum dan sebagainya. Dan salah satunya lagi adalah dakwah melalui nasyid.
Dalam kalangan anak-anak muda masa kini, muzik merupakan sesuatu yang menjadi hiburan dalam hidup mereka. Dan pendekatan dengan menggunakan muzik juga seringkali dipraktikkan dalam usaha menyampaikan dakwah kepada masyarakat yang dikenali sebagai nasyid. Ia sama sekali tidak salah. Dalam Islam juga membenarkan kita berhibur asalkan tidak berlebihan dan tidak melalaikan. Bait-bait lirik yang menimbulkan keinsafan itu sangat baik untuk didengar sebagai penyegar jiwa. Dan medium dakwah melalui nasyid ini sama sekali tidak menjadi masalah bagi kaum lelaki. Tetapi, bagaimana pula dengan wanita??
Suara wanita pada asalnya bukanlah aurat. Secara logik, kalau suara wanita itu adalah aurat semuanya maka wanita tidak boleh bercakap melainkan terhadap suaminya dan ahli keluarganya. Ingat, Islam itu tidak menyusahkan.
Surah Al-Ahzab: 32
…maka janganlah kamu berbicara dengan lembut manja kerana boleh menimbulkan keinginan orang yang di dalam hatinya ada penyakit, dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik, sesuai dan sopan.
Suara wanita yang dikatakan aurat itu adalah suara yang dibuat-buat manja, mendayu-dayu, mengada-ngada, menggoda-goda dan yang seangkatan dengannya. Suara seperti itulah yang dikatakan aurat. Maka, apa kaitannya dengan dakwah melalui nasyid ini?
Suara wanita yang dilagukan
Saya suka mendengar nasyid bahkan sangat suka. Dan saya pernah mendengar sebuah nasyid yang dinyanyikan oleh sekumpulan wanita. Nasyid yang berkonsepkan ketuhanan. Subhanallah, merdunya suara. Lembut dan menusuk ke hati. Teringin nak tengok tuan empunya suara. Mesti cantik. Haa..itu saya iaitu seorang wanita yang mendengar suara seorang wanita lain bernasyid. Bagaimana pula dengan lelaki yang turut mendengar nasyid tersebut? Pasti lebih hebat lagi pujian yang diberikan. Tidakkah di sini keadaannya mengundang fitnah pada diri wanita itu dan menjadikn hukum suaranya itu sebagai aurat?



Memang benar tujuan nasyid itu adalah untuk dakwah. Tujuannya adalah untuk menyedarkan kita tentang kekuasaan ALLAH. Itu memang sangat baik. Tetapi, adakah kita yakin setiap lelaki yang mendengar dan melihat nasyid itu dipersembahkan akan mengambil iktibar dari bait-bait lagu itu atau sekadar menikmati kemerduan suara wanita itu lantas bermain-main dengan nafsunya yang tergoda dengan keindahan suara tersebut?
Saya petik sebuah kisah yang say abaca di dalam buku karangan Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman.
Saya teringat satu kisah, ketika saya sampai ke sebuah universiti(Jordan) untuk menyampaikan ceramah. Ketika itu kecoh dalam kalangan siswa di sana berkenaan satu vcd nasyid kumpulan wanita baru dari Malaysia. Saya terdengar bahawa terdapat beberapa bakal ustaz di situ yang berebut-rebut untuk melihat dan mendengarnya. Rupa-rupanya ia begitu popular kerana ahlinya terdiri daripada gadis-gadis yang cantik dan solehah.Pinjam meminjam berlaku bahkan ada yang menyalinnya ke dalam computer masing-masing. Dan aduan mengatakan terdapat siswa yang terlalu asyik dengannya dan asyik mengulang tayang vcd tersebut.
Adakah ini yang dikatakan dakwah??
Saya sendiri dapat melihatnya ketika berada di dalam kuliah. Kuliah jam 2 petang dan rata-rata siswa dan siswi mengantuk pada ketika itu. Tiba-tiba ada seorang siswi bertanyakan soalan. Suaranya yang lembut dan manja itu mengundang tarikan pada siswa yang mengantuk. Masing-masing mula mengangkat kepala, dan terjengah-jengah mencari tuan empunya suara.
Nah, itu adalah tidak sengaja kerana suaranya memang begitu tetapi bagaimana pula dengan yang sengaja dimanjakan dan dilembutkan??
Tidak salah jika wanita itu ingin bernasyid tetapi nasyidnya itu mestilah hanya didengari oleh kaum wanita juga. Para ulama’ tafsir menyebut suara wanita yang dilagukan termasuk daripada kecantikan-kecantikan yang tidak harus deperdengarkan dan dipertontonkan kepada lelaki bukan mahram. Tiada khilaf dalam hal ini.
Dan seperkara lagi tentang suara wanita yang dikatakan aurat ini adalah ketika mengalunkan ayat suci Al-Quran. Subhanallah, saya sendiri terpegun ketika mendengar alunan ayat suci dari seorang muslimah dalam sebuah rancangan di televisyen. Dan saya pasti ramai juga lelaki-lelaki yang turut terpegun dan terpesona. Membaca ayat Al-Quran. Bunyinya kedengaran sangat baik tetapi ia menjadi tidak baik kerana wanita yang membacanya di khalayak ramai. Sudah pupuskah qari di Malaysia ini sehinggakan memerlukan qariah untuk mengajar lelaki-lelaki membaca Al-Quran??


Masih banyak lagi medium dakwah lain yang boleh dipelopori oleh kaum wanita. Biarkanlah medium dakwah melaui nasyid ini dipelopori oleh kaum lelaki sahaja. Usahlah sengaja menjerumuskan diri ke dalam lembah fitnah. Kelak kita sendiri yang akan terperangkap dan tidak dapat keluar darinya.
Wallahualam
p/s: blog ni pun salah satu medium dakwah yang bagus juga^_^

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget