Sahabat :)

Tuesday, January 31, 2012

Dia Bukan Isteri Gelapku ^_^



Ikhwan memandang wajah nabila penuh kesayuan. Dia tidak tergamak untuk memutuskan hubungannya dengan Nabila tapi dia terpaksa. Nabila hanya membisu seribu kata. Sememangnya nabila seorang perempuan yang polos dan naif. Sesekali dia membetulkan tudungnya yang senget. Dia tidak berani memandang wajah lelaki yang sering dipuja-pujanya.
Nab, kita terpaksa putuskan hubungan kita ini! terasa berat mulut Ikhwan mengatakan sebegitu. Dia tahu hati nabila pasti hancur dengan kata-katanya itu.
Nab, kenapa diam jer? Ini demi kebaikan semua, bersuaralah sayang! sejak mereka bertemu di Restoran Aliff itu tiada sepatah kata pun yang keluar dari bibir mungil Nabila. Sedangkan selama ini bibir itu yang sering berkata-kata tanpa henti hingga membuatkan Ikhwan gembira.
Apa lagi yang perlu dikatakan? Saya dah tiada pilihan lain! Hak untuk bersuara pun sudah mati! kata-kata Nabila itu cukup menusuk hati Ikhwan. Serba salah jadinya lelaki itu. Ikhwan melihat ada mutiara jernih yang keluar dari mata bundar wanita itu. Sesungguhnya dia juga terasa ingin menangis tetapi egonya menghalang. Dia perlu kuat didepan wanita itu.
Abang, buat keputusan ini sebab tak nak melukakan hati Nab dikemudian hari. Nab pun tahu perangai Nisa tu macam mana? Ikhwan cuba memberi penjelasan kepada Nabila. Dia tahu isterinya pasti melakukan sesuatu yang buruk pada Nabila. Tambahan pula, ibunya memang benci terhadap nabila yang dituduh anak luar nikah kerana tinggal dirumah anak yatim sejak kecil lagi.
Saya cukup faham! Memang saya ni cuma tempat persinggahan, ucap Nabila lalu meninggalkan Ikhwan terkontang-kanting di restoran itu. Hati Ikhwan cukup pedih untuk meninggalkan wanita itu. Dia bukan suami yang curang. Dia seorang lelaki yang menurut kata isteri dan ibunya. Namun semuanya punah juga disebabkan ibu dan isterinya. Ikhwan mula teringat permulaan yang berlaku dalam kekucaran yang berlaku dalam hidupnya ini..

Khairunnisa menangis semahu-mahunya. Air matanya hampir kering kerana terlalu banyak menangis. Ikhwan hanya mampu bersimpati dengan nasib isterinya. Semua yang berlaku telah ditakdirkan. Dia redha dengan apa yang berlaku terhadap keluarganya tetapi tidak isterinya. Ibunya pula hanya mampu mengusap belakang isterinya. Sejak tadi ibunya hanya mendiamkan diri. Mungkin turut bersedih diatas perkara yang berlaku terhadap mereka suami isteri.
Nisa, sudahlah! Jangan asyik menangis jer, kita kena terima qada dan qadar! Banyakkan berdoa,Ikhwan cuba menasihati isterinya.

Awak apa tahu? Saya yang menanggungnya! Dekat tiga tahun saya tunggu nak dapatkan anak untuk kita. Tapi semuanya sia-sia! Kita takkan dapat anak lagi! habis saje kata-kata Khairunnisa dia terus meraung seperti orang gila. Dia amat sedih dengan apa yang berlaku terhadapnya. Akibat terjatuh dari tangga, anak yang dikandungnya keguguran. Ditambah lagi dia tidak boleh mengandung lagi kerana rahimnya telah pecah. Kekecewaan dihatinya memang sudah tiada penawar. Tiada lagi Isma Syahir ataupun Syarifah Syahirah. Nama yang ingin digunakan apabila anaknya lahir nanti.

Puan Baizura, ibu kepada Ikhwan keluar dari bilik anaknya untuk memberi ruang kepada mereka berdua. Kehadirannya disitu tidak mampu berbuat apa-apa. Tinggalah Ikhwan dan Khairunnisa berdua. Tiba-tiba Khairunnisa berhenti menangis. Dia memandang wajah suaminya. Ikhwan terkejut dengan tingkah isterinya. Raut wajahnya sukar untuk dibaca.
Abang kena dapatkan anak untuk kita! lancar saja kata-kata yang keluar dari mulut Khairunnisa. Sama ada itu permintaan atau arahan.
Apa maksud Nisa? Kita memang takkan dapat anak lagi! Ikhwan terkejut dengan kata-kata isterinya. Sememangnya dia hairan dengan kata-kata isterinya.
Bukan dengan Nisa tapi dengan perempuan lain!Yakin sekali kata-kata yang dilancarkan kepada suaminya. Dia langsung tidak berasa bersalah.
Apa yang Nisa merepek? Nisa nak abang kahwin lain? Ikhwan bertanya kebingungan. Selama ini Khairunnisa memang tidak ingin hidup bermadu. Dia pernah mengatakan dia rela mati dari hidup bermadu.Yelah abang kena kahwin. Lepas dapat anak abang ceraikan dia, jadi kita tetap dapat anak dari benih abang.selamba saja Khairunnisa meluahkan kata. Kata-katanya seperti orang yang tiada perasaan. Ikhwan serba salah. Dia dapat melihat ada sinar kebahagiaan dalam mata isterinya. Adakah dia harus menolak atau mengikut saja? Dia buntu.
 
Terima saja cadangan isteri kau tu! Ibu rasa ada betulnya, sekurang-kurangnya kau orang dapat anak dari benih kau juga! Puan Baizura menyokong tindakan menantunya. Tidakkah mereka terfikir perasaan perempuan yang bakal dikahwininya?
Tapi ibu. Bukan senang nak cari perempuan yang nak buat macam tu,Ikhwan meluahkan kegusarannya.
Kau bagi dia duit kan senang, kacang jer kalau kamu buat macam tu. Perempuan sekarang ni materialistik! kata-kata ibunya itu menunjukkan bahawa perkara itu mudah sepeti memakan kacang. Sedangkan nak makan kacang pun kena buka kulitnya. Takdelah senang sangat,kata Ikhwan dalam hati.
 

Ikhwan memandu keretanya tanpa arah tuju. Perasaannya berbaur. Sedih, marah, geram dan sakit! Dia memang cintakan Khairunnisa teapi cintanya juga mula berputik untuk nabila. Nabila. Entah bila cintanya mula berputik kepada wanita itu. Mulanya wanita itu hanya setiausahanya. Dia seorang yang rajin dan bijak walaupun dia anak yatim piatu. Dia juga seorang yang cantik walaupun tanpa mengenakan sebarang mekap. Natural beauty.
Ketika itu dia tidak mempunyai calon. Puas dia dan Khairunnisa mencari calon yang mahu dengan kehendak mereka. Entah mengapa, apabila Ikhwan sekadar bergurau untuk menjadikan Nabila sebagai isteri, wanita itu memberi persetujuan. Sememangnya Ikhwan hairan, tetapi dia juga gembira kerana ada perempuan yang sanggup melakukannya.
Awal perkahwinan mereka, khairunnisa dan Puan Baizura boleh menerima kehadiran Nabila. Dia dilayan sebaik mungkin. Layanan Nabila kepadanya sebagai seorang isteri juga sangat menyenangkan hatinya sehinggalah menerbitkan rasa cinta. Kadangkala layanan yang diberikan Nabila lebih dari Khairunnisa. Sehinggalah Nabila melahirkan Adam Daniel. Sikap Khairunnisa dan Puan baizura berubah. Nabila disuruh melakukan segala kerja-kerja rumah. Manakala mereka berdua sibuk bermain dengan Adam. Mereka langsung tidak memberi peluang kepada Nabila melimpahkan kasih sayang kepada anaknya.
Suatu hari, Khairunnisa mula meluahkan apa yang terpendam dihatinya selepas kelahiran Adam. Ikhwan yang asyik menonton perlawanan bola sepak diantara Manchester United dan Chelsea. Sememangnya dia kipas susah mati pasukan MU.
Bila abang nak ceraikan perempuan tu? Tanya Khairunnisa tanpa ada riak bersalah.
Apa ni Nisa? Kenapa abang kena ceraikan Nab?Tanya p;ula Ikhwan kebingungan.
Yelah, kitakan setuju cuma nak anak dia jer lepas tu bagi duit suruh dia pergi. Habis cerita! Menyampah saya tengok muka dia, mudah saja kata-kata yang keluar dari mulut Khairunnisa. Dia sudah dapat apa yang dia nak. Sekarang dia mahu singkirkan wanita itu kerana dia tak mahu adam tahu yang wanita itu ibu kandungnya. Tambahan lagi suaminya seperti sudah jatuh cinta pada wanita itu.

Abang tak sanggup buat macam tu. Kesiankanlah nab tu, apa salahnya dia jadi isteri abang?âluah Ikhwan cuba mendapatkan simpati dari isterinya.
Perempuan tu cuma isteri gelap abang! Lagipun Nisa tak nak hidup bermadu. Apa yang Nisa tahu esok abang ceraikan dia kalau tidak tengoklah apa yang jadi dekat perempuan tu!:lantang suara Khairunnisa seperti mengugut suamin ya.
Nisa nak ugut abang? Jangan berani kau sentuh Nabila!tiba-tiba kemarahan Ikhwan meledak. Dia telah hilang sabar. Khairunnisa sudah berlebihan. Khairunnisa kecut perut apabila melihat kemarahan suaminya. Dia terus berlari kebiliknya.
 

Wan cepat! Bini kau tu nak bunuh diri! jerit puan Baizura pada anaknya sedang membasuh kereta Toyota vios yang baru dibelinya dua hari lepas. Ikhwan terus berlari masuk kerumah mendapatkan isterinya. Dia melihat isterinya sedang memegang sebilah pisau dan ditarakan kearah nadi tangan.
Nisa sabar! Apa yang Nisa buat ni? Nisa dah gila ker? Ikhwan cemas melihat situasi tersebut,. Isterinya telah hilang akal.
Memang Nisa dah gila! Nisa gila sebab abang! Kalau abang tak ceraikan perempuan tu, Nisa akan toreh tangan ni! Khairunnisa mengugut. Ikhwan serba salah. Nabila disebelahnya hanya menunduk. Ada air mata yang mengalir dari matanya. ‘Adakah diriku ini tak layak untuk berada dirumah ini?bisik Nabila didalam hati. Dia tidak mahu keadaan menjadi semakin teruk.
Abang, maafkan Nab. Halalkan makan minum Nab selama Nab berada di rumah ni. Biarlah Nab keluar dari rumah ni jika itu kemahuan Kak Nisa,elesai saja ungkapan nabila dia terus berlari meninggalkan rumah tersebut. Khairunnisa hanya tersenyum sumbing melihat Nabila meninggalkan rumahnya.
Ikhwan memandu menuju kerumahnya. Sememangnya dia memerlukan rehat untuk melupakan segalanya. Sekurang-kurangnya dia berasa tenang buat seketika. Sampai saja diperkarangan rumah, dia melihat Khairunnisa sedang memarahi Nabila. Muka Puan Baizura pula masam mencuka.
Ini anak aku! Kenapa kau nak ambil anak aku? marah Khairunnisa apabila nabila mahu mengambil Adam darinya.
Dia anak saya kak, saya berhak ambil dia. Tak lama lagi abang Ikhwan akan c eraikan saya,lirih saja suara Nabila.
Memang patut kau kena cerai! Asal usul pun tak tahu datang dari mana, entah-entah anak luar nikah! lantang suara Puan Baizura yang menuduh buruk status nabila.
Ibu! Apa ni? Kenapa ibu hina isteri Wan? tiba-tiba Ikhwan terus meluru ke halaman rumah. Sakit hatinya apabila ibunya berkata sedemikian terhadap isterinya.
Memang betul pun. Apa yang awak nak pertahankan? Saya tak izinkan betina ni ambil anak saya! jari Khairunnisa menuding tepat kearah muka nabila.
Saya ada hak pada Adam. Dia anak saya! Dia lahir dari rahim saya! Berilah saya peluang untuk memberi kasih sayang kepadanya selagi ada nyawa dibadan,Nabila cuba mempertahankan haknya. Dia cuma ada Adam kerana tak lama lagi dia akan diceraikan.
Dasar tak kenang budi. Orang dah bagi duit masih tak nak berambus! Khairunnisa menolak tubuh nabila kuat. Dahi nabila terhantuk di pasu bunga. Ada cecair merah yang pekat menghiasi dahi wanita itu. Ikhwan yang melihat kejadian itu terkaku sebentar. Nabila mengaduh kesakitan. Ikhwan geram dengan sikap isterinya. Dia meramas tangan Khairunnisa kuat. Giliran Khairunnisa mengaduh kesakitan.
Kenapa dengan kau hah? Dah gila? Nama saja Khairunnisa, sebaik-baik perempuan tapi perangai macam orang tak siuman. Kau tak layak guna nama tu! meledak kemarahan Ikhwan. Selama ini dia tidak pernah berkasar terhadap isteri-isterinya. Ikhwan melepaskan tangan Khairunnisa. Wanita itu menggosok-gosok tangannya yang kesakitan. Ikhwan ingin mendapatkan nabila tetapi wanita itu telah tiada. Dia berlari-lari mencari wanita itu tetapi gagal. Ikhwan sedih kerana tidak dapat membantu Nabila. Terbit kekesalan dihatinya.
 
6 Bulan kemudian:
Sejak peristiwa itu, nabila tidak pernah ikhwan temui. Dia berasa risau terhadap gadis itu. Enam bulan bukan jangka masa yang pendek. Kegusaran dihati semakin meluap-luap. Ikhwan keluar dari rumahnya dan terus kearah peti surat. Banyak hutang yang perlu diselesaikan, kad kredit, astro dan macam-macam lagi. Sedang asyik melihat surat-surat yang diterima, dia melihat ada sekeping surat yang berwarna biru muda. Ikhwan terus membuka surat tersebut dengan ingin tahu. Dia terus membaca isi perut surat tersebut.
 
Assalamualaikum, abang..
Nab menulis surat ini hanya ingin memohon keampunan kepada abang jika ada kesilapan yang menyakitkan ketika Nab menjadi suri dihati abang. Sememangnya tiada niat dihati untuk menyakiti sesiapa. Nab ikhlas menjadi isteri untuk abang. Bukan duit yang Nab impikan tapi kasih sayang dari orang disayangi. Nab menerima abang kerana memang ada cinta untuk abang dihati ini. Nab memang ingin disayangi tambahan ada Kak khairunnisa dan ibu. Nab selama ini hanya menunpang dirumah anak yatim. Nab ingin sekali rasa disayangi dan menyayangi tapi sememangnya Nab berada ditempat yang salah. Bukan abang tempat nab untuk mendapatkan kasih sayang. Nab hanyalah pemusnah rumah tangga abang. Maafkan nab sekali lagi.
Abang yang kucintai
Memang Nab tahu perjanjian yang dilakukan. Tapi nab ingat itu hanyalah sekadar janji kosong kerana Kak Khairun nisa dan ibu sangat baik dengan Nab. Tapi selepas Nab melahirkan adam, mereka berubah sama sekali. Abang, Nab bukan ingin merampas Adam dari kalian tapi ingin memberi kasih dan sayang untuk anak Nab sendiri kerana selepas itu Nab dah tak mampu. Selepas kelahiran Adam, Nab telah menghidap kanser rahim. Sepatutnya Nab tidak boleh melahirkan adam tapi melihat kenginan abang sekeluarga nab tak sanggup menghampakan harapan itu. Setelah Adam lahir, kanser itu sudah berada ditahap bahaya. Nab ingin mengambil adam hanya untuk seketika bukan untuk selamanya. Sekurang-kurangnya izinkanlah Nab mencurahkan kasih sayang seorang ibu. Tapi Nab tak salah kan sesiapa. Nab faham perasaan Kak Nisa. Bukan mudah seorang isteri memberi suami berkahwin lain. Abang tolong minta Kak Nisa maafkan Nab jika nab melukankannya. Nab sudah menganggap dia sebagai seorang kakak kerana Nab tak pernah ada kakak dan tidak pernah merasa kasih seorang kakak. Tapi kak Nisa telah memberinya kepada Nisa walaupun cuma hanya sementara. Begitu juga pada ibu. Nab dah anggap ibu seperti ibu Nab.
Abang yang sentiasa dihati
Kutahu ku hanya isteri gelapmu tapi aku bahagia dengan kasih yang kau curahkan padaku. Layanan tak pernah kurang padaku. Sememangnya kau suami yang terbaik. Nab harap abang dapat menjaga Adam dengan baik bersama kak Nisa. Tapi jangan luputkan kehadiran Nab dihati Adam. Itu saja pinta Nab.
Selesai saja abang membaca surat ini, nab telah aman di dunia baru. Kemaafan dari abang yang Nab pinta supaya nab tidak digelar isteri derhaka. Nab harap abang doakan kanlah Nab. Selamat tinggal suamiku yang tersayang.. dan juga pada Anakku tercinta Adam Daniel.
Ikhlas dari,
Isteri Gelapmu.
Ikhwan mengalirkan air matanya untuk kali pertama. Sesungguhnya dia suami berdosa yang tidak dapat menjaga hak isterinya. Khairunnisa yang melihat suaminya menangis sendirian mula mendekati. Dia bertanya kepada suaminya. Tetapi lelaki itu hanya menggeleng dan menyerahkan surat tersebut. Khairun nisa membacanya.
Selesai membacanya, Ikhwan bersuara. Nab tak ambil pun duit tu!
Khairunnisa hanya memandang suaminya dengan penuh kekesalan. Air matanya mengalir laju. Sememangnya dia insan yang paling berdosa. Ikhwan memeluk isterinya dan meluahkan segala yang terbuku. Buat kali pertama Khairunnisa melihat suaminya menangis. Dia berasa amat bersalah. Didalam hati dia memohon kemapunan dari Allah kerana bersikap kejam terhadap madunya.
Dia bukan isteri gelapku! lirih suara Ikhwan berkata.
Ya bang, dialah isteri yang paling baik. Sepatutnya dialah Khairunnisa, sebaik-baik perempuan, kata Khairunnisa dengan sendu. Dia terus mendakap suaminya dan menangis. nab maafkan akak, sayang!ucap Khairunnisa dalam hati...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...