Sahabat :)

Monday, January 23, 2012

Jihad Untuk Mencintai

mujahadah memang susah..tapi setidak2nya mencuba..

Kekadang,
aku mencari dan mencari,
perkataan yang sesuai untuk aku luahkan,
untuk aku bentangkan,
seluasnya pada yang mahu aku jelaskan.

Rasa yang aku rasa,
terkadang membuat aku merasa sesak,
mahu ku buakkan melalui emosi,
tapi tidak berdaya,
mahu ku lontarkan dengan kata-kata,
tapi aku lemah,
mahu ku bentakkan dengan perbuatan,
tapi aku malu.

Lantas,
aku pendam membiar ia berkepul-kepul di sanubariku,
aku telan sepahitnya,
aku kubur sedalamnya,
biar ia kekal di situ,
tidak perlu diluah,
tidak perlu lontarkan,
tidak perlu dibentakkan.

Pada suatu saat,
Allah pasti akan memahamkan,
rasa yang aku rasa.

Aku menanti,
‘bisuku’ itu akan menjelaskan,
‘tindakan senyapku’ itu akan mentafsirkan,
apa yang aku rasa.

Allah.
Hakikatnya,
aku menjauh hati,
padahal aku menanti,
sedang aku juga mengharap gerak usaha itu,
untuk mengikat rasa ini.

Ya. Duhai Tuhan pemberi rasa ini,
aku yakin dan pasti,
akan rasa yang aku rasa ini,
pasti dan pasti,
yang indah pasti sukar!

>>Yang Merasa akan faham. Fahamlah dengan rasa cinta yang menggelegak di jiwa kerana Allah.<<


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...